Bila sesekali masuk Ikea, rambang mata dengan pelbagai hiasan dekorasi dalam rumah yang di pamerkan. Ikea ni boleh di katakan menawarkan harga yang agak berbaloi juga jika di bandingkan dengan harga di luar sana. Kena lah bijak memilih dan membuat perbandingan terlebih dahulu kan. Idea dekorasi ruang dalaman berciri kan Scandinavian ni kebanyakannya simple dan paduan warna yang tidak banyak, majoriti pilihan di sini ialah putih. Ana sendiri gemar dengan hiasan dalaman berwarna putih kerana mudah untuk di suai padan dan tidak serabut mata memandang. 





Ana ke Ikea kali ini bersama rakan blogger Sue Kabdy. Sebenarnya ana tumpang Sue untuk satu event di kawasan berhampiran kemudian Sue dengan suami dan anaknya, kakak , singgah untuk membeli perabot menghiasi rumah baharu mereka tu. Wahh!! Mestilah excited kan nak masuk rumah baru la kata kan.. Sambil jalan-jalan dalam Ikea, kakak ( anak gadis manis cik Sue kita ), bercerita lah tentang lilin wangi ni. Alaa fragrance candle tu lah... 

Kakak beli jenis yang kecil-kecil dan dia suka aromanya bila di nyalakan di dalam bilik tidur. Tapi bukanlah nyala terus sampai tidur, bahaya tu... sekadar menikmati aromanya di waktu malam sambil menyiapkan tugasan atau rehat-rehat gitu, nanti dah nak tidur jangan lupa padam kay. 

Ana pun mulanya tak bercadang pun nak beli apa-apa di Ikea ni, sebab tunggu payment masuk, baharu nak ajak suami ke sini nanti. Bila nampak kakak beli lilin wangi tu, teringin pula nak cuba aromanya dan ana ambil satu yang berwarna putih di dalam gelas kaca tu.. nampak cantik sebagai hiasan untuk ana padankan dengan bunga ros putih di atas coffee table di rumah. Tak mahal pun, cuma RM4.90 sahaja satu. 




Dan malam tu, ana nyalakanlah lilin wangi tu seketika.. ermmm... memang aroma yang menyenangkan. Warna putih ni aroma kelapa. Dan baunya lembut sangat.. soft . Ruang tamu beraroma wangian kelapa gitu. Tapi memandangkan rumah ni ada dua ekor anak bulus , ana tak boleh lah nak nyala dan tinggalkannya terus. Dah fefeeling aroma terapi seketika terus padamkan dan kekal kan ia sebagai hiasan meja sahaja lah nampak. Bahaya budak berdua ni, kalau berlari nak-nak lagi waktu malam, bukan kira.. main langgar je. 

Ana pasti ramai di antara kita yang agak musyhkil dengan perhiasan lilin di dalam rumah ni. Ana pun pada awalnya tidak suka meletakkan lilin sebagai hiasan rumah. Tetapi agak jelas bila ana banyak membaca dari perkongsian ahli-ahli agama antaranya menjelaskan lilin salah di sisi agama Islam jika ia di gunakan sebagai mengikut unsur-unsur ibadah agama lain. Namun jika selain dari memasang lilin untuk ritual yang sama seperti agama lain adalah tidak salah, seperti di gunakan di ketika hari lahir, kegunaannya ketika tiada bekalan elektrik dan sebagainya kerana itu bukan satu bentuk ibadah.Perbetulkan saya jika saya silap!!

Untuk penjelasan yang lebih lanjut keterangan menggunakan lilin di dalam rumah korang boleh lah ke http://obiwanz2020.blogspot.com/2012/10/isu-penggunaan-lilin-dalam-kristianiti.html atau mana-mana laman web sahih yang lain, Waallahu a'lam.. 

7 Comments

  1. Kak Ana sama macam SA la...suka lilin wangi..SA selalu beli jugak...separuh letak kat rumah Seremban dan rumah sewa kat sini...jadi penyelamat kalau tetiba blackout

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan SA, selain sebagai deko boleh jadi backup bila blackout hehe ":)

      Delete
  2. kann SA, buat backup dengan lilin hehe :)

    ReplyDelete
  3. Sha suka bakar lilin wangi nie sebagai terapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha, nak nak time sunyi memalam duk sorang-sorang nyaman je rasanya tenang kan :)

      Delete
  4. suka juga dengan lilin wnagi ni..pasang mas anak tidur..bau sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi jangan terlelap dah Nad, bahaya gak tinggal lilin menyala tu hehe :)

      Delete