Majlis Resepsi Perkahwinan Di Ivory Event Hall, Rawang
Pertama kali menjejak masuk ke Ivory Event Hall di Bandar Country Homes, Rawang untuk meraikan majlis resepsi atau pun terima menantu jiran kami kak Hajah Siti Hajar dan Abang Haji Razali. Selalu lalu lalang je hadapan dewan Ivory ni yang dahulunya sebuah Club House. Sekarang ni di jadikan event hall untuk pelbagai majlis termasuklah resepsi perkahwinan.
Ana, suami, Kak Long, Adik Ika dan juga jiran kami Man dan Ida, kami datang sekali. Tak jauh pun dari rumah. Ivory Event Hall ni terletak di sebelah pasar awam Bandar Country Homes ni sahaja. Di sebelahnya terdapat pasaraya Ivory dan juga food court untuk kaum Cina. Dan juga sebuah restoran Thai Songkla tu. Dewan agak selesa juga lah dengan lengkap penghawa dingin dan pencahayaan yang cukup. Kami di hidangkan buffet nasi minyak dan nasi putih bersama ayam masak merah ( sedap sangat ayam masak merah nya ), daging masak itam pun sedap, kari dal dan juga papadum. Turut di sertakan sebagai pencuci mulut, bubur pulut hitam. Alhamdulillah.. sebuah majlis yang ringkas dan nampak sempurna.
Sama cantik sama padan nampak kan pasangan pengantin Rushdan & Nurul Husna dalam busana moden berwarna biru tua. Pelamin pun simple dan kemas dengan rona putih hijau muda. Cantik lah kan.. sweet dan soft memukau pandangan. Selamat pengantin baharu buat kalian berdua semoga kekal bahagia dalam melayari gerbang perkahwinan hingga ke syurga idaman, aamiin.
Turut menarik perhatian ana tengahari tu pastilah kek pengantin yang cun melecun dengan kuntuman bunga mawar merah. Nampak segar sangat dengan paduan icing berwarna putih tu kan. Ermm.. agak-agak apa perisa kek tu kan.. haha :)
Alhamdulillah, kejiranan kami setakad hari ini, sentiasa berhubung dengan baik antara jiran-jiran dan saling mengenali di sekitar satu lorong ni termasuk lah depan dan belakang. Jiran lah saudara kita yang terhampir dan menjaga silaturrahim antara jiran amatlah penting dalam sesebuah komuniti. Terdapat juga jiran kami yang berbangsa Cina dan India juga tidak pernah ada sebarang masalah sehingga ke saat ini. Kami saling menghormati privasi masing-masing dan kalau ada kesempatan kami berbual dan bertanya khabar.
Terima kasih Kak Siti atas jemputan dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Tak lama lagi menimang cucu lagi lah ye Kak Siti dan Abang Zali. Haa.. yang baju kurung pink sebelah ana tu lah kak Siti dan sebelah ana tu Ida dan sebelah kanan bertudung merah tu Zura jiran sebelah menyebelah kami.
1 Comments
Cantiknya pelamin.. Tahniah buat pengantin..
ReplyDelete