Throwback 2018 - Kenangan manis bersua rakan blogger Malaysia

Hari ini 28hb Disember berbaki 3 hari lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2018 dengan izinNya jua. Sepanjang tahun 2018 , Alhamdulillah.. rezeki dalam pelbagai bentuk ana terima dalam dunia penulisan blog. Bukan sekadar wang ringgit, hadiah-hadiah kasih sayang dari sahabat atau adik-adik blogger, pelbagai produk dan perkhidmatan yang turut ana terima dan rasai, jalinan ukhuwah dan berkesempatan juga bersua wajah dengan sahabat-sahabat blogger ketika sama-sama menghadiri event dan review sepanjang tahun. 

Tahun 2018 ni, beberapa kali juga ana sempat hadir ke event dan review. Memang satu pengalaman yang amat menyeronokkan bila dapat bersua dan beramah mesra dengan mereka yang sebelum ini hanya di kenali di alam media sosial. Bertemu dengan blogger ni, cepat benar terasa kemesraannya walaupun baru pertama kali bersua. Mungkin kerana blogger ni peramah semuanya , Alhamdulillah. Ana rangkumkan disini beberapa keping foto kenangan terindah bersama insan-insan yang mewarnai dunia penulisan blog dan media, yang banyak berkongsi pengalaman mereka untuk manfaat orang lain di luar sana. 


Bersama Shuhaida Kabdy & Kinah 


Ketika menghadiri event Safi Shayla di IOI Mall, Putrajaya. Terima kasih pada Sue yang sudi tumpangkan ana waktu tu. Berkesempatan bersua ramai blogger hebat antaranya Yuyu Zulaikha, Suria Amanda, Mimi Azira, Bonde Zaidalifah, Apekinah, Jueliza Jamani dan juga bersua Salina PR seperti Ariza, Chloe , Rozana Hassan dan ramai lagi lah.

bersama Bonde Zaidalifah
Bersama Bonde Zaidalifah bertemu buat pertama kalinya walaupun dah  menjalin ukhuwah di alam maya. Bonde bagaikan adik ana sendiri dan pernah bersama ketika di bawah satu komuniti blogger yang ana sertai sebelum ini. Alhamdulillah.

Seterusnya ana juga berkesempatan menghadiri event MDEC di PWTC, Kuala Lumpur dan bersua mesra dengan ramai lagi sahabat blogger hebat serta team Denaihati Network antaranya Shakido (Kid), Pena Berkala, Amir Nawawi, Fiezz, Yanty Lee, Ayuni Rafilah, Sally Samsaiman, Nani Hazwani, Ana Suhana, Jueliza Jamani dan ramai lagi. Best sangat rasanya. 


Bersama Jueliza Jamani, Ana Suhana & Acik Rosmawati 

Bersama Fiezz 

Ayuni Rafilah, Sally Samsaiman & Nani Hazwani 

Kemudian ana berkesempatan juga ke D'Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam untuk food review dan kali ini sekali lagi bersua dengan Jueliza Jamani, Aiin Baharom, Masyitah dan Suzie Khai. Seronok pengalaman pertama hadiri food review. Terima kasih buat PR Kishen dan juga Aiin Baharom. 




Lain-lain event yang ana sertai kali ini yang ana tak jumpa pula gambarnya ialah ketika review untuk kempen raya di Butik Haqqi, Taman Tun Dr Ismail. Ramai juga bersua blogger tanahair antaranya Acik Rosmawati, Shuhaida Kabdy, Liena Wahab yang cantik manis tu, Hanny Abdullah, Maha, Liez, Atie Helmi dan lain-lain. Terima kasih sekali lagi buat Rozana Hassan. 



Dan penutup event tahun 2018, ana sekali lagi bersama Shuhaida Kabdy kali ini ke Wisma PPZ, Cheras dan bersua pula pertama kalinya dengan si cantik Kolin Zainal, Dik Bee, D'Boy, Amir Nawawi, Anie dan beberapa lagi sahabat blogger. Dalam event ini juga dapat berjumpa dengan selebriti tanahair untuk sidang media PPZ antaranya PU Azman, Amar Baharin dan Bell Ngasri. Satu pengalaman yang sangat menarik untuk tahun ini. Alhamdulillah..




Apapun sekali lagi terima kasih buat sahabat blogger yang tinggal tak jauh dari kediaman ana, Shuhaida Kabdy yang selalu ajak dan tumpang kan ana bersamanya. Tiga kali dah rasanya kami pergi bersama-sama, terima kasih Sue dan suami, Man Java . In shaa Allah, jika masih diberiNya kesempatan dan ruang dan berbaloi dengan apa yang kita perolehi , mudah-mudahan tahun mendatang 2019 masih memberikan peluang untuk ana sama-sama memenuhi jemputan-jemputan event. Asalkan ianya sesuai dengan usia dan niche penulisan Lifestyle Blogger lah kan... Terima kasih atas jalinan ukhuwah bersama sahabat blogger dari alam maya hingga ke alam nyata.. Indahnya kemanisan ukhuwah.. 
Throwback 2018 - Kenangan manis bersua rakan blogger Malaysia Throwback 2018 - Kenangan manis bersua rakan blogger Malaysia Reviewed by ana halim on December 28, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Wah, bestnya dapat jumpa rakan-rakan blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah JR diberikanNya kesempatan buat kak ana

      Delete
  2. bestnya dapat jumpa kawan2 blogger...boleh beramah mesra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah NN :) blogger2 ni memang ramah tamah walaupun kali pertama bersua muka hehe :)

      Delete
  3. Wah best tul ramai kenalan sesama blogger..agaknya nak tak bergambar dengan blogger sabahan jika jumpa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah nak Etuza, in shaa allah jika ada rezeki diizinkanNya pasti bersua satu hari nanti kan :)

      Delete
  4. Saya pun baru mula kenal kawan blogger lebih rapat tahun ni, sebelum ni langsung tak terfikir yang blogging boleh buat duit, join event etc :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Auni semoga terus beroleh kemanisan ukhuwah dan rezeki dari penulisan di blog , In shaa Allah

      Delete
  5. bila kita nak jumpa pula kak Ana..hihiihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah nanti ada rezeki kita jumpa kat mana-mana event kan Rodiah hehe :)

      Delete
  6. Yeahhh bila kita boleh jumpa lagi ye kak ana๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehh datang rumah kak ana kat sini atau kat kg pun boleh Kinah hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.