Adik Ika kalau ada kat rumah, macam-macam dia nak makan. Kali ini duk ajak ayahnya makan cheese naan pula. Katanya tengah viral sana-sini kawan-kawannya update status makan cheese naan. Erm.. ayahnya pula pantang anak-anak nak makan laju je ikutkan. Alhamdulillah setakad ni yang di minta anak-anak masih dalam kemampuan mak pak depa. Faham agaknya bajet ayahnya macam mana hehe :) 





Anak kan.. kadang-kadang kita ibu ayah ni tak ada pun tak apa,asalkan permintaan anak-anak di penuhi sebaik mungkin. In shaa Allah.. mudah-mudahan mereka akan menghargai pengorbanan kedua ibu ayah bila mereka dewasa nanti.. Aamiin. Lagi pun dah di amanahkan kepada kita untuk menjaga dan mendidik mereka sebaik mungkin. 



Cheese Naan & Ayam Tandoori 


Lepas Maghrib,kami ke Restoran Heritage di Anggun City tak jauh pun dari rumah. Alhamdulillah ada pun di sana menu cheese nan permintaan Adik Ika. Kami order dan pekena kan pula dengan ayam tandoori. Wallaaa.. sedap sangat dah tu kan. 



Kata orang ayam tandoori ni menu sihat sebabnya ia di bakar. Ayam diperap dengan rempah tandoori kemudiannya di bakar di dalam bahang bara dalam tempayan besar tu. Ana tak pernah lagi cuba resepi ayam tandoori ni. Tapi ayam tandoori kat Heritage ni memang sedap perapannya dan tak kering sangat macam sebelum ni kami makan di salah satu restoran mamak. Ayamnya sampai kecut kering. Mungkin dah banyak kali dipanaskan barangkali kan.. Waallahu a'lam. 

Ayam tandoori di Heritage ni memang sedap dan segar lagi isi ayamnya dan tak lah merah sampai ke isi. Pernah juga makan ayam tandoori ni merah sampai ke isi ayam warnanya. Rasa pelik pulak kan. Ayam tandoori bakar ni memang sedap lah rasanya, kita perahkan sedikit perahan jus limau dan makan macam tu berulamkan bawang dan hirisan timun. 




Cheese naan nya pun sedap walaupun tak lah boleh main tarik-tarik cheese nya seperti yang di viralkan tu. Memang ada rasa cheese di dalam lipatan naan nya, jadi rasa lemak masin tu yang menggoda sangat. Ada tiga pilihan kuah yang di berikan dan salah satu tu yang berwarna putih tu, kuat rasa bawang putih dan juga kesegaran pudina. Ana tak pasti apa nama sos putih tu. Lupa pula nak tanya kat pekedai Restoran Heritage ni. Heritage ni sebenarnya salah satu restoran mamak terletak di hadapan AEON Anggun, di Anggun City, Rawang. 

Set tandoori dan cheese naan di sini berharga RM11 sahaja. Tapi serius memang sedap pada ana dan keluarga. Alhamdulillah, lain kali nak pekena ayam tandoori dan cheese naan kami datang sini lagi lah nampaknya. 

5 Comments

  1. ohooohoi sedap ni Kak Ana. tandooori marveles =D

    ReplyDelete
  2. Fuhh sedap ni kak Ana, lama tak makan naan cheese :)

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn chee naan dgn ayam tandoori..sedpanya

    ReplyDelete
  4. Sedap..lama tak makan....buat masa ni x leh makan lagi..kena jaga pemakanan untuk sihat

    ReplyDelete