Ikan Nyok-nyok masak taucu
Ikan nyok-nyok antara ikan yang sedap untuk di masak sup atau pun taucu. Jarang ana masak taucu di rumah ni kerana anak-anak kurang minat. Cuma sejak usia kian senja ni, macam selera pada daging dan ayam tu berkurang dengan sendiri. Jemu agaknya kerana ayam ni antara menu yang paling banyak idea nak di jadikan juadah sekeluarga.
Anak-anak sedang cuti sem break ni, dua-dua ada di rumah lagilah minta ibu masak selain dari ayam. Ini kerana di kafe kolej kediaman mereka boleh di katakan hari-hari makan ayam. Selain dari set menu ayam yang agak murah kalau di bandingkan dengan ikan dan nasi campur ni.
Ana ke kedai Acheh dan beli ikan nyok-nyok, sekilo RM 23 kalau tak silap dan ana ambil seekor bersaiz sederhana berharga RM12.90 . Beli sekali bahan-bahan nak masak taucu seperti taucu lah kan, cili hijau, timun dan tomato. Dan terhasillah menu tengahari kami sekeluarga ikan nyok-nyok masak taucu versi anajingga dot com.
Resepi ikan nyok-nyok masak taucu mudah
Bahan-bahannya :
Ana menggunakan ikan nyok-nyok di potong keping - di garam kunyit dan di goreng
Bahan kuah taucu :
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji cili hijau di belah dua buang bijinya
2 peket taucu ( ana guna tucu Bilal )
Air asam jawa
2 cawan air
1 biji timun di hiris panjang
2 biji tomato di potong empat
Cara masak gulai taucu :
1. Tumiskan bahan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan taucu dan kacau sebati.
3. Masukkan timun , tomato dan cili hijau.
4. Masukkan bancuhan air asam jawa dan kacau hingga mendidih baharulah masukkan ikan yang di goreng tadi.
5. Tambahkan air mengikut kepekatan dan rasa yang di inginkan. Ana tidak menambahkan garam kerana taucu telah sedia masin. Hati-hati kay, rasa dahulu baru masukkan garam jika perlu.
6. Siap dah satu menu ringkas perkongsian idea masak taucu ikan nyok-nyok. Selamat mencuba.
16 Comments
Ikan Nyok-nyok..pertama kali dengar ni kak...
ReplyDeleteowh ye ke, ada nama lain kut kat tempat PC hehe :)
DeleteSedapnya.. Suka Sha ikan nie masak kari.. Goreng pun best kak ana..
ReplyDeletehaah sedap gak tu Sha, goreng makan panas-panas :)
DeleteIkan nyok nyok tak pernah dengar pulak huhu
ReplyDeleteagaknya kat tempat yana panggil lain kut hehe :)
DeleteNampak sedap
ReplyDeletesesekali tukar selera WP :)
DeleteWah lama tak dengar orang mention ikan nyok nyok ni. Orang belah utara ja kut ya panggil ikan ni nama begini. Dan2 teringat kat aruah ayah. Dia dulu jual ikan besar kat pasar. Ikan nyok2 ni selalu ada lah.
ReplyDeleteye kut Kak Mala, ramai tak pernah dengar nama ikan nyok-nyok ni hehe :)
DeleteSedapnya kak Ana :)
ReplyDeletesedapkan Nani :)
Deleteakak !!! ni fevret juga hahah ikan nyok2 pun sedap. aduhai..
ReplyDeleteok nak request taucula kat mak haha..
haa dah dapat belum CT hehe :)
Deleteikan nyok nyok aida x pernah makan, beli atau tgk :) hi hi hi
ReplyDeletemasak taucu kegemaran famili aida, AJ.
kalu masak, kuah wajib lebih!
tapi tu la. sini sgt susah cari taucu bumis or muslims.
geram!!!
Mungkin tempat aida panggil nama lain kut ikan ni banyak di pasar. Tu laa kak ana beli dari kedai acheh banyak juga tauchu muslim produk yang di jual, Alhamdulillah.
ReplyDelete