Jus buah Mulberry dari kebun belakang rumah

Rezeki hasil dari berkebun di belakang rumah, buah mulberry banyak berbuah selepas musim hujan ni. Ketika sepanjang bulan November dan Disember lepas, tak menjadi sangat buahnya kerana mungkin hampir setipa hari hujan turun dengan lebat. Bila penghujung bulan Disember ni baharu lah nampak putik-ptuiknya tumbuh dan Alhamdulillah sebelum balik kampus Kak Long sempat merasa petik sendiri buah mulberry belakang rumah dan rebus kan nya untuk di jadikan jus. 



Kalau nak ikutkan boleh tunggu sampai ia benar-benar masak sampai warna hitam unggu baru lah sedap kan, tapi ketika dah masak merah ni ada rasa masam sikit menambahkan perisa asli berry nya. Kalau yang dah masak sangat tu sedap makan macam tu jer lah hehe :) 

Pokok mulberry ni ana tanam dari keratan batangnya sahaja yang di berikan oleh jiran kami Leong. Bila cucuk je batang , Alhamdulillah tumbuh dan bila dah mula bercadang tu petuanya kena cantas selalu biar banyak lagi tumbuh cabang baharu. Baru lah pokoknya galak berbuah. Ana pun suka jirus dengan air basuhan beras dan basuhan ikan, sebagai baja semulajadi petua juga ni dari mak ana untuk menggalakkan pokok berbuah atau berdaun lebat, katanya. 




Dah kutip-kutip, Kak Long bawa masuk ke dapur dan rebuskannya sehingga lembut. Kemudian baru di masukkan terus gula ke dalam air rebusan mulberry ini, senang nanti ia dah jadi kordial, cuma tambah kan air bila nak minum. Untuk mendapatkan tekstur jus yang sedap, Kak Long blend seketika sehingga hancur dan sebati. Dah bolehlah tambah air dan ais batu sebagai minuman. 

Jus air mulberry ni ada biji-biji halus selepas kita blend, jangan tapis nanti rasa dia dah tak fresh. Kami minum dengan isi mulberry yang halus tu terus, tapi kalau nak simpan lama tu, tapis lah supaya ia tak mendap kan. Ni kami masak, terus minum bila dah sejuk. Rasa jus fresh sangat kan hehe :). 



Proses ni kami buat sama lah untuk jus rozel juga, guna kaedah yang sama. Cuma benih rozel dah tak ada di kebun belakang rumah ni. Hari tu ana semai pun tak menjadi. Lepas ni nak cuba cari benihnya dan tanam semula. Sedap sangat bila minum jus segar dari kebun ni kan, syukur Alhamdulillah atas rezeki yang di nikmati. 


Jus buah Mulberry dari kebun belakang rumah Jus buah Mulberry dari kebun belakang rumah Reviewed by ana halim on January 04, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Tempoh hari balik kampung buah Mulberry belum masak lagi..hurmmm..bukan rezeki..kalau tak..ada yang jadi penunggu bawah pokok Mulberry tu..hihihihi.

    ReplyDelete
  2. Nampak susbur sangat buah pokok mulberry tu k. Ana.
    Minum jus fresh dari ladang mestilah lain macam nikmat sedapnya tu kan...

    ReplyDelete
  3. Belum pernah buat jus malberi ni.
    Boleh cuba try nanti

    ReplyDelete
  4. waaah bestnya banyak mulberry kat pokok tu. makan saja pun da ralit da masam masam manis =D

    ReplyDelete
  5. Yana punya kat rumah warna hitam kak , tapi yana makan gitu je. hahah sebab buah tak banyak pun

    ReplyDelete

Powered by Blogger.