Kali ini ana nak kongsikan pengalaman Adik Ika bersama rakan-rakannya ke My Town dan Ikea, Cheras dengan menggunakan perkhidmatan MRT sahaja. Adik Ika, Zuu dan Fatin berjanji nak keluar jenjalan ketika cuti sem break sekarang ni, depa bertiga ni kawan baik dari sekolah menengah lagi dan sekarang tiga-tiga sedang menuntut di UiTM di kampus berlainan. Jadi time cuti macam ni lah depa dapat berjumpa dan hang-out sama-sama. 

Kali ni depa nak ke Ikea Cheras dan My Town, ana cadangkan mereka naik MRT sahaja kerana hasil carian di internet stesen MRT Cochrane ada link terus ke My Town dan Ikea. Suami ana menghantar mereka ke stesen MRT sungai Buloh dan depa terus naik MRT hingga ke Stesen Cochrane. Kadar tambang MRT dari Sungai Buloh ke Cochrane ialah RM 4.20 secara token tunai tetapi jika menggunakan kad Touch & Go cuma RM 3.60 sahaja. 



Mengambil masa perjalanan hampir 40 minit juga kerana melalui 17 stesen kalau tak silap ana  lah bila rujuk jadual tambang perjalanan MRT di web site. Tapi berbaloi lah kan, jimat minyak dan parkir serta tol. Sampai di stesen MRT Cochrane ada link laluan berbumbung terus ke Ikea dan My Town seperti gambar di atas. Tak perlu keluar melintas atas berpanas dan berhujan , Alhamdulillah satu kemudahan awam yang di sediakan untuk kemudahan rakyat. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari info untuk menaiki MRT ke My Town dan Ikea khasnya dari Sungai Buluh atau stesen-stesen lain di antaranya. Kadar tambang tu korang carilah dari laman web rasmi MRT kay. Semoga bermanfaat.

8 Comments

  1. aida pernah ke ikea naik mrt from btho.
    saje je bwk mak jalan2. reramai adik beradik & anak2 buah :)
    happening!
    mudah. just mak kena jalan jauh skit la dari mrt nak ke ikea seberang jalan nun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aida mudah sangat sebab ia link ke Mytome dan Ikea :)

      Delete
  2. Laluan berbumbung terus menuju tu yang bagus kan Kak. Tak risau sesat atau silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah PC sangat mudah dan selamat juga kan :)

      Delete
  3. Wah bestnya kalau boleh naik MRT.. tak yah nak bersesak sesak memandu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak window shopping tu okay la sha, tapi kalau nak membeli belah kena gak bawa kereta hehe :)

      Delete
  4. public transport di Malaysia is getting better. senang nak kemana2 da =)

    ReplyDelete