Kalau rindukan pantai dan laut, Pantai Remis, Jeram lah yang paling hampir dengan lokasi kediaman kami. Dalam 1/2 jam dah boleh sampai melalui Lebuhraya LATAR dari persimpangan Tasik Puteri . Selalu juga kami ke sini lepak petang sambil menikmati hembusan angin laut petang hinggalah terbenam matahari. Satu pemandangan yang amat indah ciptaan Tuhan. Jangan risau untuk menikmati sunset di sini kerana keluar sahaja simpang jalan utama tu ada sebuah masjid untuk kita menunaikan solat Maghrib, tiada alasan lah kan nak melihat sunset tapi terlepas Maghrib pula. Di sini pun ada surau bersebelahan dengan pantai.



Pantai Remis, Selangor 



Cuma cuti Krismas yang lepas,kami ke sini suasananya dah berubah wajah. Kalau sebelum ni, batuan yang di letakkan di sepanjang pantai dalam keadaan yang agak rendah dan mudah untuk kita lepak tapi kali ini nampak lain. Batuan nya dibina agak tinggi dari sebelumnya dan masih dalam proses baik pulih barangkali kerana ada struktur jalan juga yang masih bertanah merah. Dan hasil perbualan suami dengan salah seorang pengunjung yang merupakan penduduk tempatan, ia adalah dalam proses pembinaan semula ban batu selepas kejadian air pasang besar yang merosakkan struktur ban lama. Patutlah binaan ban batu kali ini lebih tinggi dari sebelumnya. 




Sesuatu yang agak luarbiasa juga dari kebiasaan yang kami lihat di Pantai Remis kali ini ialah air surut yang jauh ke tengah. Kalau sebelum ni air surut sekali pun tidaklah begitu sayup airnya namun petang itu air surut jauh ke tengah. Ada beting pasir yang timbul dan tandus di bahagian selepas pantai, tak pandai untuk ana gambarkan dengan kata-kata.Mungkin ini salah satu fenomena alam semulajadi di musim tengkujuh yang bukan ana untuk mentafsirkannya. 




Dalam jangka masa yang sama, ana terbaca beberapa terbitan di media sosial dan akhbar online, fenomena air surut jauh ke tengah ni juga sedang berlaku di negeri sebelah Pantai Timur. Ada kaitan atau tidak tu kena lah cari sumber yang sahih, kan. Ana sekadar menulis dari pandangan mata kasar. 




Apapun, di awal tahun 2019 ini, sama-samalah kita berdoa agar tanahair kita sentiasa di lindungi dari malapetaka dunia yang kian uzur. Banyak tanda-tanda akhir zaman yang muncul satu persatu di serata dunia untuk kita hambaNya melihat dan berfikir bahawa usia alam sudah terlalu tua. 




Sama-sama kita saling berpesan-pesan untuk menjaga amalan sabaik mungkin dan memperbaiki diri hari demi hari agar bersedia untuk kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan penuh bekalan di dada, Aamiin.. 




Pantai Remis, Selangor harus di kekalkan keindahan pantainya bersama. Jagalah kebersihan persekitaran pantai agar selamat dan terpelihara. Kesedaran itu harus di semai dari peringkat anak-anak kecil lagi dan yang paling mudah ialah tidak membuang sampah di merata tempat. Tong-tong sampah banyak di sediakan, ambillah beberapa langkah dan buangkan sampah kita ke dalamnya. Ini antara mentaliti kebanyakan daripada kita yang agak kurang berdisplin. 




Semoga Pantai Remis akan kekal menjadi destinasi riadah yang mendamaikan yang hampir dengan warga kota untuk ke sini mencari kedamaian di samping melihat kebesaran Allah swt dengan ciptaanNya. In Shaa Allah.. Banyak aktiviti menarik buat pengunjung di sini khasnya pada hujung minggu dan cuti umum seperti bermain layang-layang, giant bubble, pasar tani dan di hiburkan oleh nyanyian dari buskers sambil menikmati hembusan bayu laut di tepi pantainya. 



10 Comments

  1. dulu sekali je penah singgah. tak ingat dah macam mana rupanya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pantai tu batuannya rendah CT, sekarang ni dah ke tengah sikit dari tempat asalnya dan lebih tinggi susunan batu batas penghalang antara laut dengan kawasan riadah tu hehe :)

      Delete
  2. Nani tak pernah sampai pun ke sini lagi. Heheh. Cantiknya view matahari tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nanti ada masa dan kelapangan Nani boleh lah ke sini tak jauh dari KL

      Delete
  3. Ana pernah sekali je rasanya ke sini kak. Skrg dah ada LATAR memang senang nak jalan2 ke arah sana kan kak.

    Ana singgah dan follow semula blog dan G+ kak ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mudah kalau guna LATAR terus ke sini kan AS, terima kasih following kak ana ye :)

      Delete
  4. Pantai rwmis selangor? Kat perak pun ada kan pantai remis? Ke JM salah lokasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah JM pantai remis selangor ni dekat Jeram dan yang kat Perak tu hala nak Taiping dari Manjung tu hehe dua lokasi yang berbeza

      Delete
  5. Replies
    1. cantik juga CCL cuma ia tak berpantai yang landai :)

      Delete