Lama sangat dah mengidam nak makan asam rebus batang keladi atau ada sesetengah orang panggil gulai masam batang keladi. Teringat dedulu ketika tinggal di Ukay Perdana, mak saudara ana selalu datang dari KL dan singgah pasar tani Taman Permata , beli batang keladi dan masakkan di rumah ana ketika itu. Sedapnya dapat menghirup kuah dan mengunyah batang keladi empuk yang ada rasa masam-masam tu. 

Baru-baru ni balik Teluk Intan, teringat nak minta mak saudara ana, kami panggil wancu untuk masak sekali lagi. Pagi tu ana ke Pasar Besar Teluk Intan, dan cari di bahagian sayur kampung. Nampak seorang makcik ni tengah menyiang batang keladi. Ana tanya berapa sebekas , katanya RM1 sahaja. Ana minta dia tambahkan sedikit lagi dan jadikan RM2. 




Bawa balik dah siap di siang dan wancu pun masakkan kami asam rebus batang keladi. Cuma batang keladi ni ada sesetengahnya yang gatal, itu yang paling seram sikit. Kalau terkena yang gatal, perit gak rasa tekak dan bibir kan. Hat yang beli kali ni, tak lah gatal ,alhamdulillah. Rezeki kan... 





Ni batang keladi yang belum di masak dan dah siap di bersihkan. Nak siangnya pun ada cara sebab tu ana sendiri  tak berani nak masak kannya, takut salah teknik rasa gatalnya tak hilang pula, kan naya. Jom ana kongsikan disini, resepi masak asam rebus batang keladi versi wancu , ana.

Resepi dan cara masak asam rebus batang keladi 


Bahan-Bahan

batang keladi lah kan, ana beli di pasar sahaja yang dah siap di kupas dan potong pendek bersama ubinya sekali. 
beberapa keping  asam keping
daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan di tumbuk dalam lesung batu 


cili merah
cili padi 
bawang merah
ikan bilis-buang kotoran
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan

Ana masak memang tak ada sukatan, ikutlah selera dan citarasa masing-masing nak pedas mana semua tu. Tumbukkan kesemua bahan ini sekali .




Cara masak asam rebus batang keladi 


Mudah sangat . Mula-mula masukkan batang keladi berserta bahan yang di tumbuk ke dalam periuk atau kuali dan masukkan sedikit air. Didihkan seketika sehingga agak empuk batang keladi. Kemudian baharulah di masukkan asam keping, rasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan duan kesum. Bila dah mendidih sekali lagi bolehlah di tutup api dan sedia untuk hidangan. Sedap di makan dengan nasi dan ikan gelama masin. Inilah menu ibunda orang kampung yang bila dah kian meningkat usia ni kian di idamkan. 

4 Comments

  1. sedap ni mkn ngn nasi panas..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai gak makan ye NN :) menu kampung ni :))

      Delete
  2. CT tak makan isinya tapi suka kuah dia =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kuah dia macam rasa kuah laksa lebih kurang cuma cair kan CT :)

      Delete