Kami kat rumah ni, malam memang amat jarang sangat makan malam yang berat-berat. Kadang-kadang skip dinner kalau sebelah petang dah makan makanan yang agak berat. Nak kata diet sangat pun tak lah juga, kalau lapar suami ana selalunya akan minta je makanan apa yang ada di rumah untuk mengalas perut. Ana pun sama, kalau betul-betul lapar kami makan juga nasi goreng atau apa-apa yang ada, cuma tak lah makan nasi campur macam menu makan tengahari tu. 




Selalunya ana dan suami suka makan yang ringan-ringan macam roti atau pun kuih muih kalau ada pasar malam pada hari tersebut. Di sekitar kediaman kami ni memang hampir setiap hari pun ada pasar malam atau pasar tani. Cuma kami je jarang nak ke pasar malam kebelakangan ni. Last-last roti sahaja lah stok wajib ada di rumah. 

Salad ayam & salad telur 



Salah satu menu makan malam kegemaran ana pastilah salad sayur atau buah-buahan. Macam-macam versi ana buat untuk memberi kelainan rasanya. Untuk dressing , ana suka menggunakan thousand island, mayo mahupun salad cream. Pelbagai jenama ada di pasaran, jadi carilah yang di sahkan halal.  



Dua jenis salad yang sempat ana makan untuk menu simple kami beberapa hari lepas ialah salad ayam dan juga salad telur. Senang sangat cuma kalau salad ayam tu, selalunya ana akan grill dalam oven sehingga masak dengan bahan perapan, kemudian potong kecil dan campurkan dengan sayuran salad seperti salad ( lettuce ) , tomato ( lebih sedap kalau guna tomato ceri ), timun, lobak merah dan sebagainya. Dressing pun sedap dengan thousand island atau pun salad cream. 

Sama juga dengan salad telur, rebus terlebih dahulu telur setengah masak dan campurkan dengan sayuran salad segar. Alhamdulillah... kenyang perut dan menu pun menu yang sihat, In Shaa Allah. 

8 Comments

  1. Sedapnya.. Mudah dan berkhasiat..

    ReplyDelete
  2. Sedap nya, kalau malam malam lapar semua nampak sedap

    ReplyDelete
  3. sihaaat kan.. tengah mendidik diri nak lazimkan makan benda2 macam ni =D

    ReplyDelete
  4. salad ayam, aida biasa buat.
    pernah share di blog. resepi kakak.
    ayam dipanggang.
    sedap nyer kan :) fresh.
    eat clean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kongsikan di blog aida, mungkin ada yang mencubanya nanti :)

      Delete