Ana ni masak bukan lah pandai sangat, setakad masak harian tu Alhamduilillah lepas lah untuk sajian sekeluarga. Kadang-kadang ada juga resepi yang dah cuba beberapa kali tapi tak menjadi seperti yang sepatutnya. Contohnya masak roti puri ni. Ada kalanya tak berapa cantik kembongnya bila di goreng. Try and error dah beberapa kali , akhirnya ada dah dapat cara yang betul untuk roti puri jadi kembong setiap kali di goreng ke dalam kuali minyak panas. 

Ana masak roti puri ni kerana ada lebihan kuah kari ikan lauk tengahari. Menu makan malam ni ana buatkan puri dan cicah dengan kari ikan tadi. Alhamdulillah menjadi puri dengan gelembongnya. Korang nak tahu tak versi anajingga dot com punya resepi puri ? 






Tips dan resepi roti puri jadi kembong bila di goreng 


Resepi roti puri ni ana gunakan tanpa sukatan, kira ikut lah banyak mana yang nak kita buat kan. 

Bahan-bahan roti puri versi ana ialah : 


Tepung gandum
Marjerin
Garam
Air suam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat roti puri 


1. Ayak tepung gandum mengikut banyak mana yang korang gunakan. Campurkan secubit garam.

2. Panaskan beberapa sudu marjerin di dalam kuali sehingga cair, matikan api. 

3. Tuang marjerin cair tadi ke dalam tepung dan uli , masukkan sedikit demi sedikit air suam agar doh menjadi tidak melekat pada jari ketika di uli. Uli sehingga doh lembut.

4. Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan dalam setengah jam lebih kurang.

5. Canaikan doh mengikut saiz yang korang nak. Petuanya di sini, pastikan doh yang kita canai tu senipis yang boleh. Baharulah doh akan mengembong dengan jayanya apabila di goreng.

6. Goreng di dalam minyak yang banyak yang menenggelamkan kepingan doh dan pada suhu yang panas. Maknanya api besar kay, kalau tak cukup panas minyak pun doh tak mengembong dengan cantiknya. 

7. Sentiasa control suhu minyak apabila menggoreng dan balikkan doh, angkat dan toskan. 

In shaa Allah, roti puri korang akan kembong dengan cantik. Walaupun bentuknya tak lah bulat sepenuhnya kerana ana tak menggunakan sebarang acuan, bulatkan doh dengan tangan dan canai sebulat yang boleh sahaja, tapi rasa roti puri ni rangup dan tidak begitu berminyak. Sedap di cicah dengan kuah kari atau pun sambal sardin. Semoga bermanfaat untuk semua. 




8 Comments

  1. Walaupun kedengaran mudah tapi belum pernah mencubanya lagi.

    ReplyDelete
  2. Menariknya.. sha rak pernah lagi makan roti puri in8..

    ReplyDelete
  3. Wah roti puri gelembung penuh inti oksigen

    ReplyDelete
  4. kite malas buat kak.. kite rajin makan =P

    ReplyDelete