Ermmm... macam selalu pantang kalau ada produk terbaharu dari ENCHANTEUR ni, ana lah orang terlebih excited nak mencubanya. Lebih-lebih bab wangi-wangian ni dari minyak wangi, deodorant, sampailah ke bedak talkum sekali pun , ENCHANTEUR tetap pujaan hatiku. Kalau sebelum ni ana suka akan haruman buih mandian ENCHANTEUR dalam botol putih tu, kali ni terlebih suka pula nak cuba sendiri Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris terbaharu ni. Tengok botol transparent warna pink tu pun dah teruja kan. Jom ana nak kongsikan Terkini dari ENCHANTEUR Paris iaitu Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris yang sungguh menggoda ni. 


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris



Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris


Wangii sangat korang :) Bagaikan belaian romantis mandianmu dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris ni. Ana dah cuba dan terpikat sungguh lah.. Cuba korang tengok , bukan main fefeeling lagi bila ana deko kan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris dalam bilik mandi dengan kuntuman bunga ros dan juga lilin merah tu. Bayangkanlah betapa indah dan romantisnya di tambah pula dari haruman ros inspirasi dari minyak wangi Belle Amour kesukaan ana ni. Rasa tak nak keluar bilik air dah setiap kali waktu mandi. Korang kena cuba sendiri kay, baharulah menikmatinya. 






Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib di amalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.


Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.


Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris



Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel MandianWangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel: 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth  (Mencerah&Melicin)



Image result for gel mandian wangian enchanteur


Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel MandianWangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar&Menyejuk)


Image result for gel mandian wangian enchanteur

Tingkat kan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 


3. Gel MandianWangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang&Melega)


Image result for gel mandian wangian enchanteur


Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.


Image result for gel mandian wangian enchanteur


Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalamsaiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

6 Comments

  1. Bestnyaaaa Enchanteur. Dulu suka gila bedak & lotion dia, wangi! Now dah ada mandian lagi super best. Harum semerbak sepanjang hari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan sha bedak dia punya la mangiii :)

      Delete
  2. Wangi kak.. Tak pernah jemu dgn bau rangkaian Enchanteur

    ReplyDelete
    Replies
    1. enchanteur tak pernah tak wangi kan mommy :)

      Delete