Kata orang nak makan masakan dari ikan patin yang original ni kena pi Temerloh lah kan, bandar ikan patin. Ana walaupun sebelah arwah mertua tinggal di Kuala Lipis dan kakak ipar tinggal di Bentong, tetapi cuma sekali sahaja sebelum ni pernah menjejaki ikan patin di Temerloh dua tahun yang lalu kalau tak silap. Serius makan masakan ikan patin di Temerloh ni sangatlah sedap dan segar sungguh. Patin yang di ambil terus dari sangkar di perairan Sungai Temerloh. 

Kami sekeluarga food hunt bersama jiran ana, Man dan Ida ke sebuah gerai ikan patin di sebuah perkampungan pinggiran sungai. Heaven sangat masakan ikan patinnya, dan terasa sampai hari ni lagi kesedapan dan kesegarannya. Dan harganya pun sangat berpatutan. Tapi itu cerita lama lah kan, hari ini sekali lagi ana nak bercerita kisah makan ikan patin dari Temerloh cuma kali ni dekat sahaja, iaitu di sebuah gerai tepi jalan di Danau Kota sahaja. 



 

Kancil Raja Patin di Danau Kota 


Ana cukup alert bila makan menu ikan patin ni adalah bab harga. Pelbagai cerita pernah ana dengar perihal harga makan ikan patin Temerloh ni, sehingga kan ada yang makan mencecah ratusan ringgit. Seram kan.. pertamanya sebab kita ni bukan tahu sangat keaslian jenis-jenis ikan patin ni. Ada yang patin bunga, patin sangkar dan sebagainya. Setakad ni ana cuma tahu rasa kesegaran isi ikan patin bila di makan tak berbau tu, adalah yang terbaik dah bagi ana. Isinya segar dan lembut. Takut juga kan tersalah masuk kedai kena caj mahal pula, jadi langkah pertama nak makan menu ikan patin Temerloh ni adalah bertanya kan harganya untuk sepotong terlebih dahulu. Dah tahu tu mudah nak bajet. 


Makan di gerai Kancil Raja Patin cawangan gerai di Danau Kota ni, ketika kami makan dua minggu adalah RM16 sepotong bersama nasi putih dan sambal serta ulam dan sepotong telur masin. Ermm... boleh tahan gak harganya kan. Air tak termasuk dalam set, kena order lain.





Gerai ni terletak di tepi jalan sahaja, berdekatan sebuah surau dan kalau ikut info carian Google yang ana perolehi lokasinya di Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, berhampiran Surau Al-Amin. Ana tak berapa pasti tentang lokasi cuma ana ingat ia berdekatan sebuah surau bila kami singgah Asar di surau tersebut. Kalau korang nampak banner seperti di bawah tu dan gerai berwarna hijau di tepi jalan sekitar Taman Setapak Indah tu gerai cawangan Kancil Raja Patin lah tu. 




Jommm.. nak cerita dari segi rasa masakan patin Temerloh yang ada ana dah cuba sendiri disini. Rasa ikan patinnya cukup segar dan sedap. Masakan gulai masam ni kurang rasa tempoyaknya , mungkin kekurangan stok tempoyak barangkali kerana ketika ni bukan musim durian pun. Tapi sesedap rasa lah kena dengan selera ana sekeluarga. Yang penting ia tidak berbau dan tidak hanyir langsung, okay. Menurut pemilik gerai ni, ikan patin di datangkan terus dari Sungai Temerloh dan ianya adalah cawangan Kancil Raja Patin, Temerloh. 

Betul lah bila ana layari FB dan Instagram pun direct dari Kancil Raja Patin, Temerloh adalah admin nya. Jadi bagi penggemar patin Temerloh, boleh lah ke sini dan mencubanya sendiri. Dan mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran. Itupun dari banner yang ana baca di gerai ni lah. Ana tak pasti info yang tepat, korang carilah di FB atau Instagram Kancil Raja Patin naa :) 






Ketika ana memesan menu makanan di gerai ni, terdapat dua menu pilihan masakan patin iaitu " Patin Tempoyak Mangkat Di Julang " dan Patin Pais "Bersiram". Ana mencuba patin tempoyak nya tu dan macam yang ana cerita di atas tadi ikan patin cukup segar dan sedap, cukup rasa cuma kurang rasa tempoyak dan tiada kelihatan daun kesumnya sahaja. Tidak terlalu pedas dan kuah pun cukup pekatnya. Mungkin lain kali boleh cuba pais patin pula. Pais ni ana belum pernah makan lagi bagaimana rasanya. 




Jadi apa tunggu lagi penggemar patin sekitar Kuala Lumpur mudah dah nak makan bila adanya port Kancil Raja Patin di Danau Kota ni. Kalau teringin bolehlah mencubanya sendiri kay. Harga tu ana tak pasti kekal macam tu ataupun akan ada perubahan, waallahu a'lam... 


6 Comments

  1. patin sedap tu..!! tapi jarang dapat makan sebab mak x makan. kalo kebetulan ade kt kedai bru makan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan kat kedai lah jawabnya CT hehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. kak ana tak pernah try makan pais patin ni lagi aboya :)

      Delete