Masuk Percuma di MAPS Perak, Bayar Kupon Permainan Sahaja

Yeay!! Satu khabar gembira bila baru-baru ini Menteri Besar Perak , mengumumkan semua pengunjung masuk secara Percuma ke Movie Animation Park Studios, yang terletak di Ipoh, Perak. Ana secara peribadinya sendiri belum pernah masuk ke MAPS ni. Ini kerana anak-anak dah besar-besar ni, depa tak minat dah nak main-main permainan taman tema yang khusus dan sesuai untuk kanak-kanak. Memandang kan sebelum ini untuk masuk di kenakan tiket macam tak berbaloi lah kan, bila tak bermain nanti kerana kebanyakan permainan adalah khas buat kanak-kanak. Tapi bila dah di umumkan percuma, boleh lah masuk dan pilih nanti permainan mana yang sesuai dengan usia mereka. Yang penting , dapat masuk ke MAPS dan bergambar pun dah menarik kan.


Image may contain: cloud, sky, outdoor and text


Jom lah ana nak kongsikan perkhabaran gembira ni buat pembaca www.anajingga.com . Mungkin korang boleh je ke sini nanti bersama keluarga. Dah masuk nanti pilihkan mana-mana permainan yang nak dan bayar kupon untuk permainan sahaja kan. Satu kupon berharga RM3 dan setiap permainan adalah berlainan jumlah kupon yang perlu di bayar. Semua nya ada di senarai kan di bawah.



Harga Kupon Permainan di MAPS , Ipoh, Perak 


peta-maps-perak


Movie Animation Park Studios (MAPS) ni bukanlah seperti taman tema biasa  kerana ianya datang dengan konsep berdasarkan animasi-animasi popular. Antaranya seperti Smurfs, Casper, Megamind dan banyak lagi. Selain dari watak animasi luar negara, MAPS Perak juga menjadikan watak animasi BoboiBoy sebagai salah satu tarikan mereka. Wahh!! Menarik ni, sebab tu lah namanya pun Animation Studios kan. 





Satu kupon atau token berharga RM 3 dan setiap permainan dan rides adalah berbeza jumlah token yang perlu di bayar. Ermm... Jom kita tengok dari poster kat bawah ni antara permainan dan harga yang di senaraikan. Boleh bajet dulu nanti ,kan senang.





Ada beberapa zon nampaknya di situ. Dan harga token pun tak lah begitu mahal, masih mampu main lah kan. Tak sabar pula nak pii nanti ni.



Dan di bawah pula di nyatakan waktu operasi MAPS Perak mulai 1 Mac 2019 .

 Dibuka mulai jam 4:00 petang - 12:00 malam pada hari Isnin - Khamis

Jumaat , Sabtu dan Ahad pula mulai jam 10.00 pagi - 12.00 malam

Tutup pada hari Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Operasi waktu cuti umum dan cuti sekolah pula adalah dari 

10:00 pagi hingga 12:00 malam. Okay, jelas dah kan.



Jadi apa tunggu lagi rancanglah percutian anda bersama keluarga khasnya kanak-kanak ke MAPS, Perak. Ana percaya awal-awal perkhabaran masuk percuma ni pasti ramai pengunjung kan, nanti-nantilah, In Shaa Allah ada rezeki ana teringin juga ke sini nanti. MAPS beralamat di : 

Movie Animation Park Studios ( MAPS ) 
Plot E-BO3,
 Persiaran Meru Raya 3,
 Bandar Meru Raya, 30020 
Ipoh, Perak 


Kredit info dan foto : FB MAPS Perak dan laman web www.mapsperak.com

Masuk Percuma di MAPS Perak, Bayar Kupon Permainan Sahaja Masuk Percuma di MAPS Perak, Bayar Kupon Permainan Sahaja Reviewed by Ana Jingga on February 21, 2019 Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.