Tepek Pisang Lejen

Rentetan ( ceh! bukan main ayat ko ) dari kisah pisang bercat yang mak bagi dari kampung hari tu. Kenapa pisang bercat ?? Kisahnya ada di Misteri Pisang Bercat  . Okay kita sambung, bila dah sampai ke rumah macam-macam menu dari pisanglah ana sajikan untuk keluarga. Kena habiskan cepat pisang-pisang ni sebabnya dekat 5 sikat mak bagi. Nak sedekah jiran, sat gi pelik pula sebab pisang kena cat warna pink kan.. Kami je lah habiskan anak-beranak. 




Dari pisang goreng, cekodok, lepat dan baki last tu, ana jadikan tepek pisang. Haa.. tepek pisang ni memang rare lah. Menu orang kampung sangat ni. Tapi sesekali rindu juga nak makan, ana buatlah untuk anak-anak dan ianya juga kesukaan suami. Alhamdulillah. Bagi yang tak berapa kenal tepek pisang ni, meh ana nak kongsikan dengan korang cara nak menepek pisang bako yang sedap di makan panas-panas. 


 Resepi tepek pisang bakar


Bahan-bahan tepek pisang 


Pisang
Tepung gandum
Kelapa parut
Daun pisang
Garam

Cara buat tepek pisang bakar 


1. Lenyetkan pisang dan gaulkan dengan tepung gandum. Jadikan adunan sedang-sedang tak terlalu keras dan tak terlalu lembik. Lebih kurang adunan buat lepat pisang jer. 

2. Layurkan terlebih dahulu daun pisang agar lembut dan tidak koyak bila melipatnya nanti. Cedukkan adunan pisang dan letakkan di atas daun pisang satu lapisan. 





3. Kelapa parut di gaulkan dengan secubit garam. Taburkan ke atas lapisan tepek pisang pertama tadi. Kami suka kalau buh inti kelapa ni banyak-banyak. Baru sedap kan. 






4. Lapiskan satu lagi adunan pisang dan tutup dengan daun pisang. Bolehlah di bakar di atas kuali leper sehingga masak dan jangan lupa balik-balik kannya. Siap lah menu selera kampung yang tetap lejen di hati kami, tepek pisang bakar. 




Tepek Pisang Lejen Tepek Pisang Lejen Reviewed by Ana Jingga on February 09, 2019 Rating: 5

5 comments:

  1. Macam lempeng pisang juga.
    Sedap makan panas2.

    ReplyDelete
  2. suka jugak ni. dulu tak reti makan..
    sejak dok kat Perak sekejap banyak jual kat kedai2 nak brekfes.
    barula cuba makan =D

    ReplyDelete
  3. uiisshhhhh lapar lak nak makan mcm ni.. sedap tau klau letak kelapa parut.. lemak2 sedap sgt

    ReplyDelete
  4. x pernah mkn ni, AJ.
    tq for sharing.
    makanan kampung sgt ni, rare and ohsem.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.