Cara mudah buat Coco Jar dengan dua bahan sahaja

Adik balik cuti hujung minggu ke rumah bawa balik sebalang koko jar sebagai kudapannya. Dia beli di kampus RM10 sebalang, pastu macam tak puas makan. Kak Long apa lagi pi la search kat IG Khairung Aming feveret dia tu, tengok cara nak buat coco jar versi Rasa Pop. Senang sangat katanya, dua bahan je ibu. 




Balik dari potong rambut budak berdua ni kat salun, singgah ke kedai bakery. Ana kata tengok dulu kalau modalnya murah boleh lah buat, sebab sat gi kalau mahal rugi je nak try buat sikit je kan. Sebab ana ni kurang dah makan hat yang manis-manis. Depa dua beradik je yang nak makan. Rupanya murah je, bubble rice tu sepeket dalam 250g kalau tak silap ana cuma RM3.50 dan coklat kompaun Berrlys pula RM8 dalam 500g kalau tak silap juga. Lupa pulak tengok beratnya. Cuma ingat harga sahaja hehe :)

Dari perkongsian Khairung Aming, caranya lah yang Kak Long dan Adik Ika buat ni. Mudah sangat. 


Cara mudah buat Coco Jar 


Bahan-bahan coco jar : 


Bubble Rice
Coklat compaun atau boleh juga gunakan coklat Cadburry  ( resepi asal Rasa Pop )

Cara buat Coco Jar  : 


1. Cairkan coklat dengan teknik double boiler . Double boiler bermaksud air mendidih di bahagian bawah dan coklat di dalam mangkuk di bahagian atas air mendidih dan kacau sehingga cair. Pastikan tiada titisan air terkena pada coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat. 

2. Sejukkan sekejap, tuangkan bubble rise ke dalam coklat yang cair. Biarkan sejuk seketika dan boleh lah di masukkan ke dalam balang kedap udara.




3. Bagi yang coco jar yang di jual, biasanya coklat cair hanya di tuangkan di bahagian atas bubble rice di dalam balang dan bila nak makan baharulah di gaulkan. 

Hat yang kami buat ni betul-betul versi Khairul Aming tu, sebabnya anak-anak nak makan kudapan terus di rumah. Tapi dah seminggu pun masih rangup lagi bubble rice ni walaupun dah di gaul terus bersama coklat siap-siap. Bagi yang nak try buat untuk kudapan anak-anak boleh cuba kay. Memang puas hati buat sendiri kerana dapat makan puas-puas bersama anak-anak. Cuma pastikan pilih coklar kompaun yang sedap lah macam kami pilih Berrlys Dark Chocolate sebab ia kurang manis dan ada rasa pahit coklat tu. 

~ Selamat Mencuba~ 
Cara mudah buat Coco Jar dengan dua bahan sahaja Cara mudah buat Coco Jar dengan dua bahan sahaja Reviewed by Ana Jingga on March 16, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Uhuuuu sedap tu kak ana. Masa balik kampung aritu adik ada beli. Memang menggila makannya sebab orang tu guna coklat kitkat. Manis tak usah cakapla. Makan la sikit buat rasa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun merasa bila anak kak ana beli kat kampus, pastu depa nak makan lagi terus buat sendiri Kinah :) banyak sikit dapat makan puas2 alhamdulillah

      Delete
  2. Buat sendiri puas hati nak makan kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berbaloi dengan harga kos macam ni kak ana rasa buat sendiri lagi baik kan PC hehe :0

      Delete
  3. Kalau pakai cadburry memang mengadap jelah.. Berryls tu pun memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali kedua depa buat dengan Cadburry Sha :0 sedap sangat

      Delete
  4. Nak kena cari bubble rice nie.. harap senang la jumpanya di kedai kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je Eyma kat kedai peralatan kek ( bakery )

      Delete
  5. Budak budak anak dara mmg suka benda gini Anna.... kita ni kalau lah tak kena check bagai mau gak suka hahhaha....
    Mengenangkan tulah jadi insaf jugak sekarang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha selera anak-anak yang lebih ni hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.