Sebut sahaja Carrie Junior, pasti terbayang kecomelan anak gajah pink yang seronok bermain air. Waktu mandi kanak-kanak pasti akan lebih ceria dengan rangkaian produk Carrie Junior kan. Dari buih sabun mandian, syampu kanak-kanak dan TERKINI hadir pula pilihan untuk ibu-ibu menggunakan sabun buku yang khas untuk anak-anak pasti lah CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR




Menarikkan.. Bukan apa kalau sebelum ini, ada ibu bapa yang agak keterbatasan kewangan untuk membeli pek buih mandian Carrie Junior, kini dengan serendah RM4 sahaja dah boleh menggunakan sabun buku mandian CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR. Lagipun ia mudah di dapati di pasaran, In Shaa Allah cari sahaja di mana-mana pasaraya, farmasi mahupun kedai-kedai runcit, ada di jual. Jom ana kongsikan dengan ibu-ibu apa yang baharu dan istimewa tentang CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR ini. 


CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR




MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR


Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibubapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiapsentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasihs ayang dari ibubapa.




CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.




MEMBERSIH SAMBIL MELEMBAPKAN KULIT SECARA SEMULAJADI


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun  pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulits ehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.




CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulaja diekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar - Cheeky Cherry 


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar - Double Milk 


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar - Groovy Grapeberry 


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasarraya, pasarbesar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.






Tentang WIPRO UNZA

Sejak 1980 Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.
WIPRO UNZA memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia.


10 Comments

  1. Carrie Junior ni ada pengikut dan pengguna setianya sendirikan kak.Bauan atau aroma mesra bayi dan kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan jenama yang sangat sinonim dengan kanak-kanak :)

      Delete
  2. Dulu kecik2 pun pkai Carrie Junior :) Hehe

    ReplyDelete
  3. Anak-anak sha suka betul bau sabun nie.. wangi..

    ReplyDelete
  4. Carrier junior keluarkan produk baru ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CCL sabun buku mandian pula kali ni :)

      Delete