Beberapa kali dah lalu lalang kat Facebook promosi Dominos Pizza baharu EggStraShiok  ni. Rupanya EggStraShiok ni menu terbaharu dengan citarasa dari telur masin. Wahh!! Menarik ni, pertama kali diperkenalkan pizza bersama telur masin. Selalunya telur masin di makan dengan nasi kerabu atau bubur nasi memang menarik selera. Kali ni dalam pizza pula ? Macam mana lah rasanya telur masin dalam pizza dalam menu EggStraShiok ni kan. Ermmm.. Kena cuba sendiri baharu lah boleh tahu keunikannya. 




Dominos Pizza EggStraShiok





Kebetulan hujung minggu lepas kami ke Shah Alam menghantar Kak Long pindah ke Kondo kerana sewa bilik dengan rakan sekelasnya. Keputusan rayuan kolej kediaman belum dapat lagi, nak tak nak kena lah menyewa dahulu sementara menunggu keputusan kerana kelas dah pun bermula. Selesai angkut barang-barangnya ke unit kondo, Adik biasalah bagitau dah lapar. Malas nak keluar jauh kami ke Dominos Shah Alam ni sahaja. Dari luar dah nampak banner New EggStraShiok ni. Masuk dalam dan kami pun check menu dan order. 




Sebab nak try for the first time, kami ambil satu Personal pan pizza EggStraShiok ni sahaja terlebih dahulu. Mana tahu tak kena pula dengan selera nanti kan. Hat lain kami order pizza 1 Regular Classic Extravaganza dan satu lagi Regular Tuna Temptation kalau tak silap. 

Sedap tak Dominos Pizza EggStraShiok ?





Sedap, ana suka sebab ada rasa keenakkan lemak masin dari perisa telur masin tu. Korang boleh pilih dari mana-mana menu pizza yang ada kemudian tambah RM3 untuk pilihan topping EggStraShiok ni. Hat yang kami ambil tu ni Royale Tuna Pizza EggStraShiok . Memang kena lah kan ada tuna dengan adunan telur masin. Sedap lah. 






Tapi Adik Ika kurang minat pula, bukan selera dia agaknya. Suami ana pula suka Tuna Temptation tu sebab kami ambil extra cheese. Hehe :) Untuk Dominos Pizza EggStraShiok ni korang boleh juga ambil menu set extra combo lagi berbaloi kan. Sebab kami nak makan ringan petang je jadi ambil ala-carte sahaja lah. 








Okaylah, kalau terliur dah tengok menu Dominos Pizza EggStraShiok jomm lah ke mana-mana cawangan Dominos Pizza berhampiran anda. Malas nak keluar order sahaja untuk delivery di talian 1-300-888-333 atau nak order online singgah sahaja ke www.dominos.com.my . Selamat menikmati Dominos Pizza EggStraShiok . 




20 Comments

  1. Terasa nak makan domino's la pulak. Tunggu balik kampung makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ana ni pun bila ada anak-anak baru lah nak makan segala neka PC hehe :)

      Delete
  2. Tak pernah try lagi takut tak kena dengan tekak sebab memang tak makan sangat pun telur masin. Tapi entry kak ana ni buat saya curious plak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau Sal tak suka telur masin mungkin agak kurang kena dengan selera sal tapi ianya taklah rasa telur masin original tu sal, perisa sahaja ada rasa lemak masin pada topping pizza yang kita pilih tu sahaja :)

      Delete
  3. Kinah pun dah try kak ana. Memang sedap. Kena dengan tekak dengan rasa lemak-lemak masin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh Alhamdulillah sedap pada kinah ye :)

      Delete
  4. kita belum cuba lagi kak ana, nak singgah dominos tak tersinggah sampai sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. order online ye eda, pastu pi collect senang je hehe :)

      Delete
  5. lama tak makan pizza domino, padahal hari-hari lalu depan domino ja. nampak macam sedap, nak kena try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah la mama try eggStraShiok baharu ni hehe :)

      Delete
  6. Nampak sedap betul ni kak Ana, terliur tengok.

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk.... nak cubalah... menggoda betullah...

    ReplyDelete
  8. awa dh dah kak... sedapppp wehhh.... sebiji tu kejap je habis! kiki

    ReplyDelete
  9. baru je try, lambat pulak kite rasa. hahaa! padahal lama dh release. yg chicken royale sedapppp

    ReplyDelete