Dah lama tak makan terung bulat ni. Selalunya terung bulat orang akan masak kari takpun gulai lemak kan. Kalau terung panjang tu macam-macam juga menu lain yang terhasil. Contohnya pajeri, masak dalam kari dal, tak pun di tumis sambal pun sodap. Ana terjumpa terung bulat ni kat kedai Acheh, terus terlintas nak masak kari dengan ikan masin. Ikan masin yang ana gunakan kali ini ialah ikan talang. RM2 sepeket. Cukuplah untuk makan tengahari kami berempat. Terung bulat ana ambil tiga biji sahaja. Banyak-banyak pun budak-budak ni tak berapa nak makan. Jomm ana nak kongsikan resepi kari terung dan ikan masin ataupun ada yang panggil kari ikan masin dan terung hehe.. Sama laer tu.. :) 





Resepi Kari terung dan ikan masin

Bahan-bahan :

3 biji terung bulat ( dibelah empat)
Beberapa keping ikan talang masin ( rendam seketika untuk mengurangkan rasa masin ) 
Santan pekat
Rempah kari ikan  Mak Siti ( nak guna lain pun okay je )
Bawang merah
Bawang putih
Air asam jawa
Serai diketuk
Daun kari
Minyak 
Garam secukup rasa



Cara masak kari terung dengan ikan masin 


1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pecahkan serai dan masukkan sekali ke dalam bawang yang di tumbuk. 
2. Masukkan satu pek Rempah Kari Ikan Mak Siti . 
3. Bancuhkan dengan air asam jawa . Ketepikan .
4. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis daun kari sehingga semerbak aromanya.
5. Masukkan bancuhan rempah tadi dan gaul sehingga pecah minyak. 
6. Masukkan santan dan kacau seketika.
7. Baharulah masukkan ikan masin dan juga terung yang di belah empat. 
8. Masakkan sehingga mendidih dan rasakan dengan sedikit garam. 
9. Siap untuk satu hidangan makan tengahari yang lazat. Alhamdulillah. 




~ Selamat Mencuba ~