Dah lama tak makan terung bulat ni. Selalunya terung bulat orang akan masak kari takpun gulai lemak kan. Kalau terung panjang tu macam-macam juga menu lain yang terhasil. Contohnya pajeri, masak dalam kari dal, tak pun di tumis sambal pun sodap. Ana terjumpa terung bulat ni kat kedai Acheh, terus terlintas nak masak kari dengan ikan masin. Ikan masin yang ana gunakan kali ini ialah ikan talang. RM2 sepeket. Cukuplah untuk makan tengahari kami berempat. Terung bulat ana ambil tiga biji sahaja. Banyak-banyak pun budak-budak ni tak berapa nak makan. Jomm ana nak kongsikan resepi kari terung dan ikan masin ataupun ada yang panggil kari ikan masin dan terung hehe.. Sama laer tu.. :) 





Resepi Kari terung dan ikan masin

Bahan-bahan :

3 biji terung bulat ( dibelah empat)
Beberapa keping ikan talang masin ( rendam seketika untuk mengurangkan rasa masin ) 
Santan pekat
Rempah kari ikan  Mak Siti ( nak guna lain pun okay je )
Bawang merah
Bawang putih
Air asam jawa
Serai diketuk
Daun kari
Minyak 
Garam secukup rasa



Cara masak kari terung dengan ikan masin 


1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pecahkan serai dan masukkan sekali ke dalam bawang yang di tumbuk. 
2. Masukkan satu pek Rempah Kari Ikan Mak Siti . 
3. Bancuhkan dengan air asam jawa . Ketepikan .
4. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis daun kari sehingga semerbak aromanya.
5. Masukkan bancuhan rempah tadi dan gaul sehingga pecah minyak. 
6. Masukkan santan dan kacau seketika.
7. Baharulah masukkan ikan masin dan juga terung yang di belah empat. 
8. Masakkan sehingga mendidih dan rasakan dengan sedikit garam. 
9. Siap untuk satu hidangan makan tengahari yang lazat. Alhamdulillah. 




~ Selamat Mencuba ~ 

18 Comments

  1. Terung memang sedap masak kari kan :) Ni dengan ikan masin plak. Memang mengancam betul. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan satu gabungan yang letopps gituew hehe :)

      Delete
  2. Sedapnya.. Sha suka je terung ini tak kisah masak apa.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana sebenarnya lebih suka terung panjang sha hehe :)

      Delete
  3. PC suka terung.. Tapi tak boleh makan .Ada banyak kali juga makan sebab berharap gatal-gatal bukan sebab alahan terung.. Tapi bila pegi klinik Dr cakap asbab terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh macam tu pula ye PC , pertama kali kak ana dengar, apapun sesuatu yang memudaratkan tu PC tak perlu makan lah kan , banyak pilhan rezeki lain yang ada untuk kita, in shaa allah

      Delete
  4. Mama x penah try lagi letak ikan masin

    ReplyDelete
  5. waahhh! nampak sedap. nak sikit kak. hehe. saya ni malas nak masak kari, nak makan yang orang buat jer. hehe

    ReplyDelete
  6. ikan talang ni goreng dengan bawang, makan nasi panas-panas pun sedap

    ReplyDelete
  7. Sedap ni kak Ana, makan dengan nasi panas panas memang boleh bertambah. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kan nani tukar selera ikan masin lak :)

      Delete
  8. Sedapnya kari terung campur ikan masin teringat masakan mak Mrs. A

    ReplyDelete
  9. Ini kari kegemaran arwah bapa. Bila pak meninggal agak lama juga mak tak boleh buat kari ni sebab dia ingat kat arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, bila terlihat menu kesukaan insan yang tersayang yang dah tiada lagi bersama kita, pasti teringat kan kak Mala :(

      Delete