Eh! Jangan terkejut dengan gambar-gambar di bawah ni tau. Depa ni semuanya masih hidup lagi, sekadar kepengsanan sahaja. Maklumlah cuaca di Malaysia ni sekarang tengah panas membahang kan. Kesian tengok anak-anak bulus, tidur macam kepenatan ya amat di mana sahaja ruang yang ada. Apapun mereka tetap nampak comel. 



Budak ni nampak penat sangat sampai terlelap di timbunan sarang telur kosong di salah sebuah kedai runcit Acheh di kediaman ana. Hehe agaknya penat kerja angkat telur la tuu :) Pingsan dah kat situ je. 




Hat ni pula budak U tau, tak pasti sedang belajar dalam kursus apa :) Ana jumpa di hadapan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia ketika balik dari Kajang baru-baru ni. Ni namanya tidur dalam imannnn. Tidur depan masjid dalam uni , baik port di kan. Comel sangat sampai orang curi ambil gambar pun tak sedar hehe :) 





Cik kak ni pula tertidur di kedai kasut, barang kali dia kerja sales girl kat sini. Ini time rehat jadi dia lelap kan mata barang seketika. Cuba tengok tu, tidur pun senyum jer. 

Di sekitar rumah ni pun, ana letakkan air kosong di dalam bekas aiskrim terpakai di belakang rumah di tempat yang agak teduh. Bukan apa , selalu ada sahaja kucing singgah minum menghilangkan dahaga. Makhluk Allah swt yang tak berdaya ni, sangat mengharapkan sedikit ehsan dari kita umat manusia. Dua hari sekali ana gantikan dengan air yang baharu untuk depa minum. Semoga dengan sedikit amal jariah ni mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan dariNya. Itu sahaja yang termampu kita lakukan tanpa modal yang besar kan. Sedikit belas ehsan.

8 Comments

  1. Mama cakap kucing-kucing yang kat rumah kampung...sejak-sejak cuaca panas ni...mereka suka tidur dalam sinki dan bilik air...bangun makan..minum..sambung tidur semula..lesu sangat gitu kaedahnya..hehehehehhe.acah-acah pra ramadhan gitulah tak laratnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe panas sangat kan PC, tu pun alhamdulillah ada juga tempat mereka berteduh.

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu Wp, bertabah lah kita dengan ujian ini

      Delete
  3. Halah.. Halah.. Comel-comel belaka.. kepenatan seharian melakukan kerja dan mencari ilmu sampai di snap gambar pun dia tak perasan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yang tukang snap gambar tu paparazi Sha, sibuk je hehe :0

      Delete
  4. Betullah Ana mmg panas dia lain macam sungguh sekarang ni. Rasa terbakaq kulit kan....
    Kesian kucing dahlah berbulu hahaha.... panas pulak tu...
    Tapi dalam pada panas panas tu tidur tak kira tempat ha hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan , redha je lah dengan ujian Allah swt. Haa tu lah janji lelap :)

      Delete