Mudah Jer Nak Masak Mee Bandung Dengan Pes

Dulu masa remaja di Teluk Intan, ana suka makan mee bandung di salah sebuah kedai makan belakang stesen bas bersatu di bandar Teluk Intan tu. Lama dah kisahnya, kalau makan kat situ , ana pasti akan order mee bandung. Sedap sangat kuahnya, sekarang ni tak pasti ada lagi ke tidak kedai makan tu. Lama dah tak singgah dan makan sana. 





Sejujurnya ana tak pernah masak mee bandung di rumah dari awal perkahwinan sampai lah ke hari ni. Mee bandung dengan mee rebus tak pernah lagi ana masak walaupun ke dua nya menu kesukaan sangat. Tapi beberapa minggu lepas jiran ana, Man yang kini menetap di Muar balik dan beri sepeket pes mee bandung Muar. Kata orang kalau ke Muar tak sah kalau tak pekena mee bandung kan. Perap juga beberapa lama tunggu anak-anak balik cuti baharu lah nak mencuba masakkan kuah mee bandung ni dengan menggunakan pes yang Man beri tu. 



Baca arahan di cetak di belakang pek pes tu mudah sangat lah bahan pun tak banyak. Jomm.. ke kedai Acheh cari bahan dan masak sendiri kuah mee bandung berdasarkan tutorial arahan pada paket pes. Man memberikan ana pes mee bandung Mak Pon Muar. Nak beli kat mana, kena pi Muar lah agaknya kerana ni bukan review berbayar hehe.. sebuah perkongsian resepi sahaja dari dapur anajingga dot com. 

Resepi dan cara masak kuah mee bandung 


Bahan-bahan : 

Daging atau boleh juga gunakan tulang - di rebus dan simpan stoknya. Isi daging di potong kecil.
1 pek pes mee bandung Mak Pon Muar
Sayuran seperti lobak merah, jagung muda dan sayur sawi 
Telur 
Fishball 
Makanan laut seperti sotong dan udang jika suka
Mee kuning
Bawang goreng








Cara masak mee bandung guna pes :


Amatlah mudah kerana ia tidak perlu di tumis. 
~ Didihkan air bersama stok air daging atau tulang yang di rebus tadi. 
~ Bila dah mendidih masukkan sedikit demi sedikit pes mee bandung Mak Pon dan rasakan sehingga mendapat tahap kepedasan yang kita mahu.


Pes mee bandung Mak Pon Muar 


~ Pes ni lengkap dengan bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih, udang kering, cili dan sebagainya jadi kita cuma masukkan sahaja ke dalam air rebusan tadi. 
~ Masukkan isi daging dan fishball serta makanan laut. Kacau sebati. 
~ Masukkan sayuran dan rasakan dengan garam secukupnya. 
~ Matikan api. 




Mee bandung agak berlainan sedikit cara menyajiannya di mana ketika kita hendak menghidangkan di dalam mangkuk baharulah ambil sedikit kuah didihkan atas api dan pecahkan telur ke dalamnya. Baru kita dapat satu sajian dengan sebiji telur. 




Tapi boleh juga kalau korang nak pecahkan telur siap-siap dalam kuah, cuma ana takut kuah akan jadi pekat sangat pula nanti kan. Sebab tu ana ceduk sedikit kuah yang dah siap tu, masukkan dalam periuk kecil dan pecahkan telur macam masak mee segera tu dalam kuah.Kemudian barulah tuang kuah ke dalam mangkuk yang berisi mee yang telah di celur tu. Taburkan bawang goreng dan sedia untuk di nikmati. 

Mee bandung dengan pes kuah Mak Pon Muar ni secukup rasa, ada rasa udang kering dan tak lah terlalu pedas. Sebab tu ana masukkan sedikit demi sedikit pesnya rasai dahulu untuk mendapatkan takad kepedasan dan rasa yang kita mahukan. 

Selamat mencuba.


Mudah Jer Nak Masak Mee Bandung Dengan Pes Mudah Jer Nak Masak Mee Bandung Dengan Pes Reviewed by Ana Jingga on March 28, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Mee bandung..mee rebus..mee kari..mee goreng PC suka cuma tak boleh kerap PC makan..kalau mee rebus ada juga PC masak tapi kalau mee bandung ni belum pernah..bila balik kampung tergerak nak makan beli..tapi bila ada pes dah siap ni boleh juga mencubakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak ana PC ini pertama kali masak dengan menggunakan pes ready to cook ni, Alhamdulillah mudah sangat rasanya :)

      Delete
  2. Assalamualaikum ana...sedapnya tengok mee bandung tu rasa lapar la pulak
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, sedap mama cubalah nanti ye hehe :)

      Delete
  3. sedapnya. favourite saya mee bandung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dengan kak ana suka gak makan mee bandung DP hehe :)

      Delete
  4. mak aih .. all-in-one... senang gile ni, boleh buat stok emergency, kalau datang time malas kedapur tu. kikiki =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.