Nyaman kan tekak dengan Just Jagung Layer Yang Menyegarkan

Hari ini ana tengok kat smartphone suhu di daerah kediaman dah sampai 36'C . Allahu tinggi tu dan ada sesetengah kawasan khasnya di utara tanahair dah sampai mendekati 40'C . Namun apapun semoga kita semua diberikan kesabaran dalam menempuh ujian ini kerana pasti ada hikmah di sebalik semua yang didatangkan kepada kita hambaNya. Paling tidak pun satu ujian untuk menguji kesabaran dan kekuatan iman kita. 

Dalam panas-panas pun , kita masih punyai pelbagai cara untuk menyelesakan diri, minum air dan mandi malahan berteduh di kediaman dan pejabat yang berhawa dingin. Bayangkan betapa lebih sukar bagi mereka yang perlu meneruskan pekerjaan di tempat terbuka dan sebagainya, maka dengan itu haruslah kita melihat kesukaran mereka dari membandingkan dengan kesenangan insan lain, ye tak ??



Bila cuaca panas ni, mencari kesegaran tekak lah yang paling nikmat yang amat di syukuri. Tengahari semalam, dalam perjalanan balik dari kedai membeli keperluan anak-anak untuk balik ke kolej, Adik Ika ternampak gerai Just Jagung Layer di hadapan SK Taman Desa di Bandar Country Homes. Air Jagung Layer depa ni memang sedap lemak manis secukup rasa. Ana singgah dan Adik beli 2 cup Just Jagung Layer. Perghhh!! Sedap menusuk kalbu.. Alhamdulillah. 

Just Jagung Layer ni ada tiga lapisan dalam cup, iaitu bahagian bawahnya air gula merah , lapisan kedua pula ialah lapisan susu cari yang lemak merdu dan lapisan ketiga ialah jus jagung bersama isi jagung krim. Haa... cuba korang bayangkan bila ketiga-tiga layer ni di gabungkan dalam satu sedutan... Masyaa Allah.. nikmat sangat kan. 




Satu cup ni bersaiz kecil hat yang biasa tu lah berharga RM3 sahaja. Berbaloi pada kami sebab ia sangat sedap dan cukup rasa lemak manisnya. Rasanya ada sahaja di jual di mana-mana Just Jagung Layer ni kan, cuma kalau di Bandar Country Homes ni, korang carilah di gerai tepi bulatan berhadapan SK Taman Desa tu. Ada rezeki dapatlah menikmati keenakan Jus Jagung Layer yang awesome ni :) 


Nyaman kan tekak dengan Just Jagung Layer Yang Menyegarkan Nyaman kan tekak dengan Just Jagung Layer Yang Menyegarkan Reviewed by Ana Jingga on March 19, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. waa sedapnya.. klu kat sabah teh ais sedap tu rmi org jual

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak, cuaca pepanas mmg layannn ! :)

    ReplyDelete
  3. salah satu nimat ni kak AJ masa cuaca panas. kalau aa tak cukup satu bekas. hehe

    ReplyDelete
  4. kalo yang cemni CT mintak sikit jela kat sapa yang beli. nak habiskan sebekas memang mustahil.
    suka gilaa jagung betul tu tapi kalo da process x lalu kat tekak. skrng ni je boleh sikit2 kalo dadih jagong. yang lain2 ooout.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulakkk hehe :) dah gi makan jagung rebus je hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.