Resepi Soto Ayam Dengan Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti

Soto antara menu kesukaan ana bila berkunjung ke rumah terbuka time raya. Cukup suka makan soto ni sebab ia lain sikit dari mee atau mihun sup. Unik pada rasa kuahnya lah kan. Ana suka makan dengan nasi impit. kalau ada bergedil lagi lah sedap kan. Nak buat sendiri proses pembuatannya boleh tahan juga renyah kan, banyak aksesori nak kena siapkan untuk satu hidangan. Ni yang liat nak masak sendiri soto di rumah. 



Tapi kan jiran ana, Zura bagitau kalau nak masak sup soto sedap guna je rempah sup soto Mak Siti. Kebetulan ternampak Rempah Sup Soto  Mak Siti ni, ana pun try lah buat pertama kalinya masak soto di rumah bersama anak-anak. Okay dah siap.. perghh!! Penat sejam lebih gak berperang di dapur. Tapi bila dah rasa... Yelaaahhhhh !! Sedap kuah sup soto dari Rempah Sup Soto Mak Siti ni. Tak rasa kuah sup tapi memang rasa kuah sup soto. Ada beza tau kuah sup biasa dengan kuah sup soto ni. Warnanya lain, kerana kuah sup soto ni kekuning-kuningan sikit warnanya. 





Ana nak simpan sini resepi masak soto untuk rujukan masa hadapan, dan kalau lah ada yang tercari-cari cara nak masak soto kan, boleh lah cuba resepi ana ni dengan menggunakan Rempah Sup Soto Mak Siti yang awesome. 




Resepi dan cara masak soto ayam 


Langkah pertama korang kena lah sediakan nasi impitnya. Beli je yang dalam peket tu, rebus dalam satu jam dalam air yang menenggelamkannya. Balik-balikkan selalu dan tos sejukkan selepas masak. Dah sejuk dalam sejam dua tu baharu lah di potong-potong nasi impit ni.

Langkah kedua, rebus ayam bersama halia dan bawang putih, buh sedikit garam. Dah masak ayam, korang sejukkan dan bolehlah carik-carikkan isi ayam. Stok ayam tu jangan buang guna kan untuk sup soto nanti. Isi ayam tu carik-carikkan dan goreng seketika biar dia jadi kering tak basah. Tulang-tulang tu nanti masukkan ke dalam kuah sup soto. 




Langkah ke tiga, sediakan kuah sup soto. 

Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Air rebusan ayam
1 bungkus Rempah Sup SOTO Mak Siti

Cara masak sup soto :

Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah dan halia.
Panaskan minyak dan tumiskan ketiga bahan di atas. 
Masukkan air rebusan ayam tadi dan tambah kan sedikit air untuk mendapatkan kuantiti sup yang korang nak tapi jangan terlalu banyak air nanti cair tak sedap pula kan.
Bila air mendidih masukkan 1 pek Rempah Sup SOTO Mak Siti dan kacau sebati. 
Masukkan tulang ayam lebihan carikan isi nya tadi ke dalam sup.
Rasakan dengan garam dan gula. Siap kuah sup soto yang mudah tapi sedap. 

Langkah ke empat korang siapkanlah aksesori lain untuk soto seperti :




Telur rebus
Bergedil kentang
Suhun goreng
Taugeh
Limau nipis
Bawang goreng
Daun bawang 
Sambal kicap

Dah selesai semua proses penyediaan, hidangkanlah ke dalam mangkuk untuk di nikmati bersama keluarga tersayang. Banyakkan stepnya tapi paling mudah bila menggunakan Rempah Sup SOTO Mak Siti ni kerana ia memberikan rasa kuah sup soto yang asli, original gitu. Selamat mencuba. 

Resepi Soto Ayam Dengan Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti Resepi Soto Ayam Dengan Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti Reviewed by Ana Jingga on March 22, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Replies
    1. sedap kan WP makan soto air tangan sendiri puas, Alhamdulillah

      Delete
  2. lama dah tak masak soto ni renyah nak buat begedil tu, nampaknya kena prepare hari lain buat begedil , hari lain buat soto hii.. wani pun memang suka guna rempah soto mak siti sedapp :)allah terliur pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wani, anak kak ana kata banyaknya step nak buat hehe tapi bila makan puas hati Alhamdulillah

      Delete
  3. Ya Allah...baru tersedar lama tak makan soto.. sedapnya kak.. hujung minggu ni macam nak buatlah soto.. terliurnya...kecur rasanya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.