Safi Expert Solution - Terbaharu Rawatan Khas Buat Wanita Kian Meningkat Usia
Wanita Asia bila kian meningkat usia kebanyakannya akan menghadapi masalah pigmentasi, lingkaran gelap ( dark spots ), kedutan serta garis penuaan pada wajah, tanda-tanda penuaan yang amat ketara. Itu yang ana alami masa kini. Kalau di biarkan berlarutan pasti akan lebih teruk jadinya. Jangan kata dah berusia ni tak perlu nak kelihatan cantik, tak elok macam tu. Penjagaan wajah perlu seiring dengan kesihatan jasmani dan diindahkan lagi dengan ketenangan jiwa. In Shaa Allah hidup pasti akan lebih bermakna, gituew :)
Kalau kita perasan memang banyak produk-produk lalu lalang di media-media sosial untuk menghilangkan jeragat dan jerawat. Jerawat ni bukan satu masalah pada ana, Alhamdulillah tetapi di datangi pula masalah pigmentasi atau jeragat di sekitar pipi. Nak cuba produk-produk yang dijual secara online ni memang ana tak berani kerana banyak pendedahan risiko yang di ceritakan umum. Kita sebagai pengguna perlu lah bijak kan, wajah tu.. mana ada ganti spare part di jual di pasaran. Ana tetap yakin dengan penggunaan produk-produk yang benar-benar mempunyai ciri-ciri keselamatan, salah satunya pastilah rangkaian produk penjagaan wajah SAFI . Dan terbaharu ialah Safi Expert Solution .
Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation
Bila bercakap tentang ciri-ciri produk penjagaan wajah yang selamat ni, kita kena pastikan terlebih dahulu sama ada ia telah menjalani ujian dermatologi serta dinyatakan senarai bahan-bahan yang diformulasikan di dalam nya. Dan penting juga kita mengetahui status Halal produk tersebut. Dan semua itu ada pada Safi Expert Solution .
Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation di datangkan dalam dua langkah pemakaian dan menjanjikan kesan penggunaan efektif dalam masa dua minggu penggunaan secara konsisten. 2 langkah Multi-Action Ampoule System ini di formulasikan dengan bahan tindakbalas efektif Teknologi DN Age . Diyakini dapat menggurangkan kesan dark spots ( lingkaran hitam pada wajah ) di samping memberikan kelembapan intensif wajah serta membantu mengembalikan keremajaan kulit wajah.
Cara pemakaian Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation
Setiap pembelian dalam satu set dengan dua langkah penggunaan harian dua kali sehari. Dua botol Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation berlabel 1 iaitu Renewal Hydra Complex bersama 1 dropper aplikator dan 1 botol berlabel 2 iaitu Supreme Anti-Spots Complex.
Cara penggunaannya :
Langkah pertama - Gunakan dropper dan titiskan Renewal Hydra Complex pada tapak tangan, kemudian sapu rata pada wajah sehingga kulit terasa menyerap . Ia adalah dalam tekstur cecair jernih yang lembut dan mudah serap pada kulit wajah. Rehatkan wajah dalam beberapa saat sebelum langkah ke dua.
Langkah kedua - Buka penutup botol label 2 iaitu Supreme Anti-Spots Complex dan titiskan ke atas tapak tangan kemudian ratakan pada seluruh wajah.
Tekstur Supreme Anti-Spots Complex ni agak berminyak untuk seketika namun selepas menyerap ke dalam liang kulit wajah ia akan memberikan rasa kelembapan yang lebih pada kulit.
Set Safi Expert Solution Intensive Ampoules ini adalah untuk kegunaan program rawatan selama sebulan dan kemudian bolehlah diulang pengunaan rawatannya selang satu bulan untuk mengelakkan pertumbuhan dark spots atau cela pada wajah. Ketika masa tempoh rehat rawatan wajah dengan Safi Expert Solution Intensive Ampoules, kita bolehlah menggunakan Safi Rania Gold Youthful Elixir . Maknanya kita selang selikan antara dua produk Safi ini. Untuk kegunaan waktu pagi juga amat di sarankan untuk menggunakan Safi Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR agar mendapat kesan yang lebih baik. Mudahnya set Safi Expert Solution Intensive Ampoules adalah gandingan dengan rangkaian produk SAFI Rania Gold. Sebab tu ia untuk amat sesuai dengan wanita yang berusia 30 tahun ke atas.
Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation telah melalui ujian makmal dermatologi dan di sahkan tidak mengandungi Mineral Oil, Alcohol, Silicone, Paraben dan tidak di uji pada haiwan. Ianya terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 85.7% Dark Spots, 100% memperbaharui kulit wajah, 100% Elasticity , 91.7% Luminosity dan 100% memperbaharui tona warna wajah kulit.
Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines
Safi Expert Solution juga menampilkan krim pelembab wajah Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines untuk padanan wariasi rawatan wajah seharian.
Krim pelembab Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines dirumus untuk mengatasi masalah garis penuaan dan juga kedutan atau wrinkles pada wajah wanita yang berusia 30 tahun ke atas khasnya. Bio Skin Moisturiser di formulasikan dengan Liquid Crsytal Technology serta Amino Peptides untuk memberikan hydrasi, menguatkan kulit wajah dan mengurangkan kehilangan cecair pada wajah agar nampak segar dan bermaya.
Ana menggunakannya selepas langkah pertama dan kedua pada sebelah pagi dengan menyapukan Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines pada seluruh wajah. Teksturnya sangat lembut dan ianya berbau harum. Best sangat pakai tau. Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines juga diuji secara dermatologi dan terbukti ia tidak mengandungi Mineral Oil, Alcohol dan tidak di uji kepada haiwan. Jangan risau kerana produk SAFI Expert Solution memiliki pensijilan Halal Jakim. Ia dapat membantu memperbaiki fiber density kulit wajah, keanjalan wajah, memberikan kesan lembut dan bermaya pada wajah, memperbaiki garis penuaan wajah dan mencerahkan tona wajah.
Kesemua rangkaian produk SAFI Expert Solution boleh di beli di mana-mana farmasi dan juga pasaraya di seluruh negara.
14 Comments
terbaek :)
ReplyDeletememang best pakai ni ejulz hehe :)
Deletethanks sharing
ReplyDeleteterbaik
most welcome HU :)
DeleteWah safi dah kuar produk baru. Cayalahhh
ReplyDeletetu lah kan Marsha, SAFI sekarang ni banyak produk rnd terbaharu
DeleteKinah suka produk safi yang baru ni kak ana. lembut je rasa muka ni.
ReplyDeletekak ana pun rasa serasi denga treatment Safi Expert Solutions ni Kinah
DeleteBertambah cantik kak ana.. Fiza pun dah cuba, memang kulit jadi lembut jer..
ReplyDeletehaha makin tua ni kena jaga juga kan Fiza , cuma kena pastikan produk yang mempunyai ciri-ciri yang selamat sahaja untuk wajah kita ni :)
Deleteproduk baru ye Kak Ana..
ReplyDeletehaah Sha, terbaharu dari SAFI
DeleteKulit muka berminyak boleh ke pakai
ReplyDeletesaya tak pasti, saya masih menggunakannya tapi kulit saya jenis kering dan Supreme Anti-Spots Complex ni agak berminyak dan ia melembabkan selepas meresap pada wajah.
Delete