Lalu lalang di Facebook beberapa keping gambar bunga kantan berwarna putih di timeline FB ana semalam. Memang rare sangat, kerana ini pertama kali di usia ana ni melihat bunga kantan berwarna putih macam  ni. Masyaa Allah... selalunya yang ana tahu dan pernah lihat ada dua warna sahaja, merah jambu ( pink ) yang ada pun di belakang rumah ana ni, dan juga berwarna merah. Putih.. inilah pertama kali ana lihat dalam gambar. 


Teringin pula nak lihat dengan mata sendiri suatu masa nanti jika diizin Allah swt. Dari komen yang ana baca, kata depa bau dan rasanya sama sahaja dengan bunga kantan biasa tu. Ada juga yang menjual benihnya tapi boleh tahan harga termasuk pos lagi kan. Manalah tahu ada rezeki jumpa kat mana-mana, boleh lah ana beli dan tanam. 




Sekali pandang dah macam alam bunian pula kan, bila tengok kuntuman bunga kantan putih ni tumbuh di tanah dengan kelopak warna putih hehe :) Banyak tengok drama macam tu lah kan.. hehe :) Begitulah uniknya setiap ciptaan Tuhan. Hari demi hari pasti ada perkara-perkara baharu yang akan kita pelajari dan lalui sebagai satu pengalaman hidup. Kerana itu manusia ni tidak pernah habis dalam mencari ilmu dan pengetahuan sepanjang hayat. Pandang dan lihat dengan mata hati, pasti nampak setiap hikmah disebalik kejadian ciptaanNya. Alhamdulillah syukur atas nikmat kehidupan sebagai seorang hambaNya. 




Kredit buat pemilik-pemilik gambar bunga kantan berwarna putih di dalam terbitan ini. Boleh email atau pm ana di Facebook untuk kredit ya. Terima kasih atas sebuah perkongsian.