Minat pada tanaman dan bunga-bungaan ni agaknya sesuatu yang diwarisi lah kan. Dari arwah opah sebelah mak, sampai ke mak sampai lah ke ana hari ini, kalau dapat beli pokok bunga tengok bunga-bunga yang cantik-cantik pun dah satu yang amat mengembirakan. Bukan nak mahal-mahal pun asalkan cantik dan berwarna warni yang penting boleh hidup lama, syukur Alhamdulillah.




Semalam lepas ikut suami ke bank, biasalah awal bulan ni dari bank ia datang kepada bank ia dikembalikan, kami solat Zohor kat surau Shell suami tanya nak pi mana. Tup tup!! Terfikir nak cari pokok bunga ros, ke mana lagi jawabnya suami pun masuk hiway terus lah nurseri Sungai Buloh. Kami masuk simpang sebelah kiri lorong sebelah dalam sikit tu dari Hospital Sungai Buloh sebelum sampai ke Hospital UiTM. Betul-betul depan kuil tu ada selekoh masuk ke situ. 





Kat sini lah ana selalu beli pokok-pokok bunga dan Alhamdulillah selalunya bertahan lama juga benis beli kat sini. Kakak dan pekerja Indon tu pun mudah je dalam urusan tawar menawar, boleh lah dapat harga yang kita nak, dari beli yang banyak di luar tepi jalan tu, pekerja Bangla dia tak boleh tolak ansur dalam harga,  kadang-kadang main letak je harga mahal gak lah. Hehe !!






Ana beli sepokok bunga ros kuning, dia letak harga RM12, ana minta RM10 dapat..sukaaa ler tu. Pastu ana beli bunga cosmos warna jingga dan satu bunga marigold warna oren juga. Harga asal dia RM4 satu polybeg tapi ana minta 3 RM10 dapat juga, yeay!!1 Suami pula beli sepokok rozel yang agak besar juga saiznya berharga RM10. Kami beli tanah hitam satu beg RM 1.20 suami ambil 2 beg. Dah settle isi dalam kereta, jom balik. 






Berbunga-bunga hati tau dapat pokok bunga ros kuning ni, dah lama mengidam. Suami siap cakap, bukan susah pun nak bagi isteri abang happy.. hehe :) Alhamdulillah low maintenance je wife Encik Halim





Petang tu, lepas Asar semangat waja lah nak alih pokok ke dalam pasu. Mula-mula ana alih kan pokok bunga ros, kemudian cosmos oren dan last sekali marigolds oren. Marigolds ni Kak Long yang pilih, dia nak pokok tu, ana ikutkanlah, biarlah dia minat berbunga lak nanti. Pokok rozel tu kami letak dahulu di belakang rumah, sementara ada masa nanti baru nak alih.







Dah selesai susun semula pasu-pasu di laman yang sekangkang kera depan rumah. Itulah ruang untuk ana bertanam dan susun atur laman. Macam-macam jenis pokok ada, caca marba bukan ada tema-tema apa pun. Janji hati senang bila pagi-pagi ke laman melihat keindahan kelopak bunga ciptaan Tuhan yang amat sempurna. 






10 Comments

  1. Bila apa yang ditanam hidup subur..indahnya perasaan kan kak..bahagia je..kalau pokok buah-buahan mengeluarkan hasil..kalau pokok bunga sentiasa berbunga..satu perasaan yang susah nak gambarkan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, salah satu aktiviti kak ana di masa lapang dan bagaikan satu terapi minda bila dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan ni PC :)

      Delete
  2. Replies
    1. agak risau juga nak tinggalkan bila cuti raya yang agak lama, moga-moga musim hujan lah kan waktu tu,kalau tak kering nanti.. Aamiin

      Delete
  3. Jarang Mrs. A tengok ros color kuning.
    Cantik menawan macam putera raja

    ReplyDelete
  4. Saya pun selalu bawa mak mertua ke nursery bunga kat sg. buloh. Rambang mata dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL Fiza pun suka berkebun ye, inilah tempat kesukaannya pasti kan :)

      Delete
  5. Murahnya harga tanah. Sini tak jumpa la harga gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupun dah naik 20 sen Kak Mala dari harga sebelumnya :)

      Delete