Joielle Baby - Setiap ibu harus miliki untuk si manja

Apa sahaja yang berkaitan kesihatan, keceriaan anak-anak adalah menjadi satu keutamaan bagi setiap pasangan suami isteri masa kini. Zuriat yang di anugerahkan kepada kita adalah menjadi satu amanah untuk kita mempastikan mereka dapat membesar dengan sihat, riang dan sebaik mungkin. Bermula dari saat kelahiran sehinggalah melewati hari-hari dalam proses perkembangan fizikal dan minda anak-anak harus kita ambil berat dalam pelbagai aspek termasuklah memilih produk yang diyakini selamat untuk bayi dan anak yang amat sensitif pada sebarang alahan. 

Set Penjagaan Bayi Joielle Baby Skincare Essential 




Walaupun ana pada waktu ini tidak lagi mempunyai anak kecil tetapi ketika membesarkan kedua orang puteri dahulu, ana hanya akan memilih set bayi yang sesuai dan dipercayai sahaja untuk mereka. Biar alah membeli tapi menang memakai kerana produk yang baik dan terjamin penting untuk kita mempastikan kesihatan keseluruhan anak kita. Dan hari ini ana ingin berkongsi dengan ibu-ibu di sana satu jenama yang ana yakini selamat dan suci untuk kegunaan penjagaan fizikal anak-anak kecil iaitu Joielle Baby rangkaian penjagaan kulit bayi Joielle Baby Skincare Essential

Tengok packaging pun dah teruja kan... comel sangat dengan botol-botol dan tiub comel berwarna putih bersih lakaran objek zirafah yang comel tu. Ana hadiahkan Joielle Baby Skincare Essential ini kepada anak buah ana, Hasbi yang berusia setahun dua bulan. Lihatlah keceriaan Hasbi selepas menggunakan rangkaian produk Joielle Baby Skincare Essential . Bukan main segar dan ceria malahan harum je. Comel tak ?? 



Kedua ibubapa Hasbi amat mengambil berat dalam penjagaan dan penggunaan produk ke atas anak sulung mereka ni. Oleh itu ana perlu pastikan ianya adalah produk yang selamat dan yang penting memiliki pensijilan Halal sebelum menghadiahkan kepada putera tunggal mereka. Alhamdulillah Joielle Baby Skincare Essential telah menjalani dermatologically tested dan pensijilan Halal Jakim seperi yang tertera di kotak produk.




Jom ana perkenalkan satu persatu rangkaian produk Joielle Baby Skincare Essential . Jenama Joielle Baby telah berada di pasaran selama 4 tahun dan menjadi falsafah Joielle Baby untuk mematuhi piawaian tertinggi panjagaan bayi. Kesemua produk Joielle Baby telah diuji secara dermatologi oleh Badan Pensijilan Eropah, Harian Lab Ltd. - menurut pengasas Joielle Baby , Nabilah Abdullah. 

Rangkaian produk Joielle Baby diperkaya dengan vitamin E, lidah buaya dan menggunakan kebanyakan dari bahan semulajadi. Ia juga berbau harum di masa yang sama membaiki menyembuhkan kulit bayi terutama jika kulit mempunyai alahan eczema atau ruam, In Shaa Allah. Bukan itu sahaja, produk Joielle Baby juga bebas dari S.L.S, paraben dan steroid




Rangkaian set penjagaan Joielle Baby Skincare Essential  terdiri daripada :

Joielle Baby Oil
Joielle Baby Shampoo
Joielle Baby Cream
Joielle Chest & Tummy Rub
Joielle Baby Lotion
Joielle Baby Bath 

Joielle Baby Oil 




Joielle Baby Oil 250ml diformulasikan dengan Ekstrak Aloe Vera dan Minyak Kelapa yang diperkaya dengan Vitamin E. Sesuai dijadikan minyak bayi untuk membelai kulit si manja dengan melakukan urutan lembut pada tubuh mereka selepas mandi. Ia mengekalkan kelembapan dan cepat menyerap ke dalam kulit agar bayi lebi selesa dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Yang penting ia berbau haruman yang amat lembut pada bayi. Sedap je nak kiss kiss. 


Joielle Baby Shampoo 




Joielle Baby Shampoo 250ml  membersihkan kulit kepala bayi sambil menggalakkan pertumbuhan rambut bayi yang sedang membesar. Ia juga di formulasikan dengan ekstrak Aloe Vera untuk menyihatkan dan menguatkan pertumbuhan rambut halus bayi dan juga boleh menghilangkan kerak pada kulit kepala khasnya bayi yang baru lahir. Wangi jer rambut baby ni kan.. 


Joielle Baby Cream 




Sesuai untuk kulit sensitif mahupun kulit bayi yang normal. Di yakini juga mampu mengurangkan kerengsaan kulit bayi yang mengalami ruam dan kegatalan kulit. Sapukan pada bahagian kulit bayi yang mengalami ruam dan alahan untuk memberikan kesegaran pada bayi. 


Joielle Chest & Tummy Rub 





Hat ni paling best, harumannya sahaja dah cukup menyegarkan. Ia sesuai untuk mengurangkan ketidak selesaan bayi yang mengalami masalah penghadaman hehe.. Biasa kan bayi kita kembung perut ni, jadi sapukan Joielle Chest & Tummy Rab pada dada dan perut untuk memberikan keselesaan pada bayi agar tidak lagi meragam. Mengandungi anti viral dan antibacterial agen yang diformulasikan dengan Eucalyptus & Pudina ( Peppermint ). 



Joielle Baby Lotion 





Joielle Baby Lotion sesuai sahaja untuk kulit normal hinggalah kulit kering. Ia memberikan kelembapan dan perlindungan untuk kulit bayi yang lembut. Dan bukan sahaja sesuai untuk bayi, ia juga boleh di gunakan seisi keluarga pastinya. Sapukan losyen Joielle Baby selepas mandi pasti akan memberikan keselesaan pada bayi sepanjang hari meneroka alam baharu baginya. 

Joielle Baby Bath 



Pastilah tak lengkap produk penjagaan bayi tanpa sabun mandian kan. Joielle juga mempunyai mandian bayi yang mengandungi scents yang menenangkan serta mendamaikan bayi selepas mandian. Mengandungi ektrack botanical, Vitamin E dan aloe vera yang bergabung secara harmoni untuk melindungi kelembapan kulit bayi serta menghindarkan kesan kegatalan atau iritasi pada bayi dengan setiap mandian. 




Set Joielle Baby Essential dijual pada harga RM199 sahaja. Untuk ibu yang suka travel boleh juga memiliki Joielle Travel Set yang mengandungi krim bayi,syampu,mandian dan minyak bayi pada harga RM99 sahaja. Satu lagi set yang popular di kalangan ibu ialah Set VCO merangkumi mandian bayi, krim dan losyen yang diperkaya dengan minyak kelapa dara tambahan dan Vitamin E. Atau ibu-ibu juga boleh membeli produk Joielle Baby secara individu. Joielle Baby juga mempunyai Joielle Baby Nappy Cream dan Joielle Baby Sweet Dream Balm

Kesemua rangkaian Joielle Baby boleh di beli di - Shoplot Penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah) Bangi, Butik Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop , Fabulous Mom dan Marissa Shoppe

Khas buat pengunjung setia di www.anajingga.com, 
ana nak belanja korang coupon code diskaun 10% dengan memasukkan code
Ana03 
ketika membuat pembelian secara online di

Layari mana-mana pautan media sosial di bawah untuk lebih keterangan lanjut produk : 


Laman sesawang : www.joiellebaby.com


Joielle Baby - Setiap ibu harus miliki untuk si manja Joielle Baby - Setiap ibu harus miliki untuk si manja Reviewed by Ana Jingga on April 15, 2019 Rating: 5

3 comments:

Powered by Blogger.