Sukarelawan Nestlé Ceriakan Kanak-Kanak Autistik
Anak-anak adalah anugerah yang paling berharga buat semua pasangan suami isteri. Namun, bukan semua ibubapa bertuah di kurniakan zuriat yang sempurna. Ada yang diuji Tuhan dengan di kurniakan zuriat yang mengalami masalah Autisme. Pun begitu anak istimewa ini juga amat memerlukan perhatian yang lebih dari kedua ibubapa, keluarga dan masyarakat setempat khasnya. Jangan sesekali kita biarkan mereka rasa terasing dalam sesebuah komuniti mahupun keluarga sendiri.
Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).
Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.
Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”
Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”
Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.
Semoga usaha murni ini akan terus berkekalan dan mendapat sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat dalam mendidik kesedaran tentang perihal anak-anak istimewa ini. Tahniah dan syabas Nestlé Malaysia.
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia.
Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia,
dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé,
iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan
untuk membina masa depan yang lebih sihat.
Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.
Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para
pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi.
Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana
kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan
dan ketelusan produk Halal kami.
Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan
GOOD FOOD, GOOD LIFE
kepada semua.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia
melebihi seabad, sila layari
atau kunjungi laman Facebook kami di
2 Comments
ReplyDeleteMemang bagus kalau syarikat2 besar buat program dan menyumbang untuk aktiviti2 insan istimewa ini
betul tu WP, salah satu program CSR untuk komuniti setempat
Delete