Perempuan dan kecantikan berpisah tiada. Tapi perlu ingat kecantikan yang hakiki bukanlah dari luaran paras rupa yang bertopengkan solekan tetapi kecantikan seorang wanita itu apabila dizahirkan dalam fizikal dan mental yang benar-benar sihat dan berseri. Nak cantik ni mudah sahaja. kita perlu menjaga keterampilan, personaliti dan yang penting menjaga fizikal yang sihat. Bila tubuh badan sihat, dengan sendiri minda kita akan bertenaga dan memberi impak kepada rupa paras yang cantik berseri, sedap mata memandang kata orang kan.





Ana sendiri di usia 40-an ni, amat-amat mengambil berat soal kesihatan dan kesegaran tubuh, kerana ana percaya bila tubuh badan sihat, kulit wajah sihat dengan sendiri kita akan berasa cantik. Sayangilah diri kita wahai wanita sekalian, kerana sihat itu antara nikmat Allah swt yang paling berharga. Jangan abaikan penampilan diri, kesihatan wajah dan tubuh dengan kesibukan urusan dunia semata. Seimbangkanlah kesihatan rohani dan jasmani.





The Beauty Expert Academy Spa Cheras


Wah!! Panjang lebar intro naa.. Sebenarnya ana nak kaitkan dengan kisah ana baru-baru ni menjalani rawatan kecantikan tubuh dan wajah di salah sebuah Spa Muslimah di Cheras. Jauh ke Cheras kan, bila satu-satu tempat itu menawarkan perkhidmatan yang baik pasti jarak bukan alasan untuk kita sendiri mengalami pengalaman di sana.




Awal pagi ana sampai di The Beauty Expert Academy Spa, Alam Damai, Cheras . Nak cari lokasi zaman laa nii bukan satu masalah dah kan, gunakan sahaja apps waze , In Shaa Allah sampailah ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Spa terletak di tingkat satu dan ana dah buat temujanji awal-awal supaya mudah adik-adik terapist melayani kita sebaik sahaja kita sampai nanti.




Ana di sambut oleh Lisa dan Mimie yang cantik dan dihidangkan segelas teh aroma untuk refreshkan diri terlebih dahulu. Kemudian ana di bawa masuk ke bilik rawatan. Ermm... The Beauty Expert Academy Spa Cheras ni dikatakan Spa muslimah terbaik di Alam Damai Cheras .Dan dari pandangan pertama ana pun memang ia sebuah Spa paling best di Cheras . Dengan gaya dekorasi yang cukup glamour di bahagian ruang penyambut tetamu bertema keemasan. kemudian bila kita masuk sahaja ke ruang bilik rawatan, ia nya sungguh menenangkan. 




Kelaziman lah bila kita ke spa untuk rawatan, kita diperlukan menukar pakaian dan berbaring di atas katil yang disediakan, lampu akan di padamkan dan alunan muzik yang mendamaikan bersama aroma therapi yang menyegarkan. Silap haribulan memang boleh terlena kan.. 

Lisa memulakan rawatan pada wajah terlebih dahulu dengan membersihkan segala solekan di wajah kak Ana nya ni. Kemudian satu demi satu rawatan wajah di berikan dan Lisa memaklumkan kepada ana setiap rawatan yang di beri, kesan selepas rawatan dan sebagainya. Pagi itu ana mengambil pakej Facial Lifting, Detox and Whitening. Yess!! 3 dalam satu . 




Selepas membersihkan wajah , Lisa membuang blackhead dan whitehead yang lama bertapa diwajah. Menurut Lisa wajah kak Ana tak banyak pun blackhead atau whitehead ni, kesan parut jerawat pun tak ada hehe :). Memang betul lah, setakad ni ana tak ada masalah jerawat cuma jeragat sahaja yang agak degil bertaburan di wajah. Langkah seterusnya Lisa meneruskan dengan proses detox dengan menggunakan peralatan mengalihkan lebihan air pada wajah yang membuatkan wajah nampak sembab. Selepas sahaja rawatan ni, Lisa tunjuk cermin dan memang nampak perbezaan ketara sebelah wajah yang telah pun menjalani rawatan dengan sebelah lagi yang belum di rawat. 




Selesai proses detox wajah di rehatkan seketika kemudian, Lisa meneruskan dengan kaedah Lifting. Urutan pada wajah dengan alatan canggih ini juga menaikkan seri wajah agar lebih anjal. Serius bila usia kian bertambah ni kalau kita wanita tidak mengambil langkah penjagaan sewajarnya wajah cepat nampak tua dari usia. 

Dan step ketiga pula Lisa meneruskan dengan rawatan Whitening untuk memberikan tona warna wajah kita nampak sekata, nak kata putihkan wajah tu tak betul lah kan, lebih kepada pencerahan. Ana ni originally pun dilahirkan dah cerah hehe :). Lisa memakaikan Whitening Mask dan kemudiannya Double Whitening Mask. Masa ni best sebab sejuk je wajah sepanjang rawatan. 




Sementara menunggu 15 minit mask kering, Mimie pula ambil alih dengan memberikan urutan dan rawatan di bahagian kaki. Amboi manja nya rasa dari hujung rambut sampai hujung kaki di belai adik-adik manis berdua ni. 

Sehinggalah Lisa selesai membersihkan rawatan wajah dan kaki, kemudian ana di berikan urutan badan dari leher hingga belakang. Sedapnya, Tuhan sahaja yang tahu bila mendapat urutan badan ni. Terima kasih sangat-sangat  The Beauty Expert Academy Spa. Ianya memang servis spa terbaik di Alam Damai Cheras ni yang pernah ana lalui. Dah siap rasa lain sangat kesegaran yang ana alami selepas rawatan selama hampir dua jam. Refresh sangat-sangat. 




Dah siap sessi rawatan, ana keluar dan sekali lagi di hidangkan segelas teh aroma yang menyegarkan. Sempat berbual-bual dengan Lisa dan Mimie yang menceritakan pelbagai tawaran menarik dan promosi rawatan-rawatan yang ada di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras antaranya yang sedang hot sekarang ni ialah sulam bedak . Selain dari itu, rawatan lain yang ada disini juga merangkumi rawatan seluruh badan termasuklah :

~ Facial Resdung
~ Facial Oxygen 
~ Facial LED 
~ Facial Lifting 
~ Facial Diamond
~ Facial Sulam Bedak
~ Full Body Massage
~ Combo Massage
~ Rawatan Selepas Bersalin ( Posnatal package )
~ Body Treatment
~ Bridal Spa Package




Dan banyak lagi yang pastinya mengikut keperluan rawatan yang setiap wanita itu inginkan. Untuk keterangan lebih lanjut dan harga untuk setiap pakej rawatan korang klik sahaja di pautan yang ana berikan di bawah : 



The Beauty Expert Academy Spa beralamat di : 

No14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor. 

Waktu rawatan : 

Isnin-Jumaat : 10.30 am- 7.30 pm 
Sabtu & Ahad : 10am-6pm

Untuk reservation atau pertanyaan whatsapp sahaja ke : 




Jadi, kenapa perlu pilih The Beauty Expert Academy Spa ? Pada ana ia sebuah spa yang lengkap, selesa dan mendamaikan. Terapist juga adalah dari mereka yang terlatih dan sangat menjaga batas aurat kita wanita muslimah khasnya dengan servis rawatan yang baik. Harga pakej juga sangat berpatutan dan amatlah beruntung wanita Cheras dan Kajang yang ingin kan rawatan spa muslimah Cheras dan spa muslimah Kajang perlu mencuba di sini. Bagi mereka yang inginkan rawatan yang sedang hot iaitu sulam bedak dengan facial yang murah di Alam Damai, Cheras inilah spa yang patut korang kunjungi, okay.

Alhamdulillah selesai rawatan wajah memang terasa lain sekali dan nampak lebih ceria dan berseri. Suami pun tegur wahh nampak lain lahh.. Dan pastinya badan pula terasa ringan dan keesokkannya ana dalam perjalanan ke Ipoh sepanjang hari dalam kereta pun rasa segar dan tidak penat. Terima kasih The Beauty Expert Academy Spa, In Shaa Allah ada rezeki kak ana akan datang lagi nanti, serasi dah rasanya. 

6 Comments

  1. Kak Ana...nampak muda la.. tak nampak macam 40an.. Eyza pun nanti nak pegi lagi SPA ni. Servis dia terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye ke Eyza, usia dah tinggi dah eyza.. selamat berspa la ye have fun dan relaks kat sana nanti :)

      Delete
  2. Kalau nk me time ini lah tpt terbaik.. umur akak tak sama ngn wajah. Cantik menawan nampak muda sangat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo Fiza, jumpa sekali je hari tu ye.. Doakan kak ana sihat ye itu satu nikmat yang amat di syukuri..

      Delete
  3. Cantik dan selesa Spa dia. Memang sesuai nak memanjakan diri di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yea, sekali sekala perlu sangat me time dan rawat tubuh dan wajah kan :)

      Delete