Air Tembikai Bandung Soda
Idea resepi air yang heaven sangat ni ana dapat dari perkongsian di FB. Tapi ana olah sikit nak bagi rasa lebih kick kata orang dengan mencampurkan sedikit ais krim soda. Cukup sedap, sejuk, lemak manis semua ada. Inilah dia air tembikai bandung soda versi AJ yang sesuai untuk korang sajikan sebagai pencuci mulut. Lebih kurang koktail buah-buahan juga lah ni, cuma kali ini fokus pada buah tembikai sahaja.
Nak juga ke resepi nya ? Haha!! Don't be khuatir, kalau ana terbit kat sini mestilah ana nak bagi resepi nya sekali kan. Mudah ya amat, kome :)
Air Tembikai Bandung Soda
Bahan-bahannya :
Isi tembikai di potong dadu kecil-kecil supaya senang nak telan.
1 tin susu cair
1 botol kecil air aiskrim Soda ( masukkan air soda ketika saat akhir untuk hidangan )
Sirap merah bergula ( ikutlah kemanisan yang diingini )
Ais kiub
Caranya, apa lagi campurkanlah semua bahan ke dalam mangkuk. Masukkan ketulan ais batu. Sedia untuk hidangan di meja utama. Selamat mencuba.
12 Comments
sedapnya
ReplyDeletesedappp Anumm :) cubalah
DeleteAroma soda tu wangiiiiiiii.
ReplyDeleteKann PC ada aroma nya yang tersendiri :)
DeleteKusss semangattt, mengooda gileeee...adeiii
ReplyDeleteAlaaa try je nanti SL :)
Deletesedapnya air tembikai bandung soda tu
ReplyDeleteheaven sangat kan MT :)
DeleteAlahai sedapnya.
ReplyDeleteNasib baik dah buka puasa.
nanti boleh je buat WP :)
Deletesedapnya.. melegakan nie.. Sha buat bandung soda dengan cincau je.. nanti boleh cuba style kak ana nie..
ReplyDeletedengan cincau pun sedap gak Sha :)
Delete