Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Telinga Di Masuki Serangga

Ana ni antara perkara yang paling takut sekali ialah jika telinga di masuki serangga. Bukan apa risau sangat kan kalau terkena pada diri sendiri atau pun anak-anak. Bayangkan serangga tu kecil mudah nak masuk tapi nak keluar bagaikan sesuatu yang mengerikan je. Pernah terbaca satu kisah telinga nya di masuki cekenit, sampai pergi klinik kerajaan dan klinik swasta pun doktor tak boleh keluarkan. Last-last dia guna petua masukkan air tembakau, baru keluar cekenit dari telinga. Itu mujur keluar kan, kalau tak takut sangat pula risikonya dia duk hidup membiak dalam telinga, Nauzubillahi Min Zalik. 

Bila ana terjumpa poster ni, terpanggil untuk ana kongsikan semula cara-cara dan langkah yang perlu di ambil sekiranya telinga di masuki serangga ni. Banyak manfaatnya kan untuk panduan kita bersama. Kredit dan terima kasih pada yang empunya, minta izin untuk di terbitkan semula di sini, agar dapat di panjangkan ilmu yang bermanfaat sebegini. 



7 langkah yang perlu di lakukan sekiranya telinga di masuki serangga 


1. Menurut coretan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan , langkah pertama ialah bawa bertenang. Bermaksud jangan panik lah kan. 

2. Halakan telinga yang di masuki serangga ke bawah dan goyangkan sedikit kepala

3. Elakkan guna putik kapas atau pencungkil untuk elak serangga masuk ke dalam. Selalu ini yang kita buat kan kononnya nak keluarkan serangga, salah rupanya. 

4. Elakkan guna penyepit melainkan serangga tersebut telah mati. 

5. Gunakan minyak zaitun atau minyak bayi titiskan ke dalam telinga bagi membantu melemaskan serangga.

6. Sembur air menggunakan picagari dengan perlahan bagi mengelakkan kerosakan pada gegendang telinga. Pastikan keseluruhan serangga di keluarkan.

7. Sila berjumpa doktor jika masih gagal di keluarkan atau telinga mengeluarkan nanah, masih sakit kuat dan tidak jelas pendengaran walaupun serangga telah berjaya di keluarkan. 

Tanda-tanda telinga di masuki serangga 


~ Berdengung dalam telinga

~ Terdapat bunyi keritik dan terasa pergerakan dalam telinga

~ Rasa sakit 

~ Pendengaran kurang jelas

~ Mengeluarkan air dan nanah 

~ Berdarah 

Selalu ana pesan pada anak-anak ni sebelum tidur untuk kibas cadar dan bantal terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan. Bimbang kita tak sedar ada serangga yang hinggap pada cadar atau bantal sebelum kita tidur dan berisiko untuk masuk ke dalam telinga. Semoga sama-sama kita peka pada persekitaran untuk mempastikan keselamatan diri dan keluarga, In Shaa Allah. 


Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Telinga Di Masuki Serangga Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Telinga Di Masuki Serangga Reviewed by AJ on May 08, 2019 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.