Gaya Rambut Style Terkini di Aniq's Barber Shop, KL
Korang masih ingat tak Bintang cilik Ceria Popstar yang rockers peminat papa Awie dia tuu.. ? Haa!! Bijak punn.. Aniq laa.. Eh! Aniq dah besar dah sekarang nii, tapi tetap rock juga lah kan. Suara pun dah makin matang dan kian bertenaga gitu.. Dah remaja lah katakan. Aniq sekarang pun dah menetap di Kuala Lumpur bersama family. Mudah lah kan nak pii show atau berlakon. Boleh tahan juga bakat Aniq dalam lakonan. Boleh nangis lah kan masa menonton telemovie Tergantung Rindu tahun lepas tu. Syabas Aniq

Aniq's Barber Shop
Alhamdulillah.. sekarang ni Aniq melangkah setapak lagi dalam cabang dunia perniagaan. Khas buat peminat setia Aniq, kalau korang nak try gunting rambut atau stylo pelbagai gaya fesyen rambut terkini, korang boleh lah cuba ke Aniq's Barber Shop . Tapi kan Aniq's Barber Shop ni khas untuk kaum lelaki sahaja lah buat masa ni. Mana tahu di masa akan datang, Aniq buka cawangan untuk salon wanita pula kan, bolehlah kita sama-sama pi try pula. Ana pun belum berkesempatan singgah ke Aniq's Barber Shop ni lagi, In Shaa Allah ada masa nanti boleh lah pi sana.

Kat mana lokasi Aniq's Barber Shop ni ? Haa!! Orang-orang Setiawangsa, Keramat, Wangsa Maju untung lah sebab Aniq's Barber Shop ni terletak di kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur sahaja. Korang mesti tahu pasaraya Rosyam Mart kan, Aniq's Barber Shop ni terletak di tingkat atas Klinik Famili tu sahaja, berhadapan deretan shop lot berhampiran ST Rosyam Mart.
Waktu perniagaan nya pula setiap hari Sabtu - Khamis mulai jam 11:00 am - 11:00 pm kecuali hari Jumaat sahaja di buka mulai jam 2:30 pm - 11:00 pm . Dan paling awesome lagi tawaran harga yang diberikan di Aniq's Barber Shop ni amatlah berbaloi dan mampu pergi kata orang. Korang tengok lah sendiri .


Bukan sahaja hipster , apa saja request pelanggan akan diusahakan di Aniq's Barbershop. Dengarnya, Harga cuma antara RM17 - RM20 untuk dewasa, RM15 untuk pelajar sekolah menengah dan RM10 untuk kanak-kanak. Murah dah kan berbanding dengan harga di tempat gunting rambut yang lain. Hair Stylish atau tukang gunting pun berkelulusan dari Walter College .

Pasti gempak lah kan datang ke Aniq's Barber Shop ni dengan gaya dekorasi ala hipster yang pasti memberi keselesaan buat korang gunting rambut dan mana tahu ada rezeki boleh lah jumpa Aniq kat sini dan menggayakan hair style terbaharu 2019.



Semoga Aniq Iffat akan terus sukses dalam segala bidang yang di ceburinya cemerlang dalam pelajaran dari dunia hingga akhirat. So ingat nak bergaya fesyen rambut terkini jommm kita ke
Aniq's Barber Shop
yang beralamat di :
No: 19-2, Jalan Taman Setiawangsa 9 (9A/55A)
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur.
Whatsapp
01121129687
untuk sebarang pertanyaan lanjut .
atau follow sahaja Instagram
8 Comments
Macam2 pesen rambut budak lelaki sekarang.
ReplyDeletegitu lah kan tapi kalau ke sekolah kena ikut skema juga kan WP :)
DeleteAniq ni dah habis sekolah ye kak ana? Rasa baru lagi tengok dia dalam ceria popstar dulu hihi. Tahniah aniq. Muda lagi dah ada bisness sendiri. Selamat Maju Jaya
ReplyDeletebelum Kinah masih menuntut di sekolah menengah sekarang ni :)
DeleteCantik kedainya. Citarasa terkini.
ReplyDeletehipster kan Kak Mala :)
Deletetempat nampak selesa sangat...
ReplyDeleteselesa harga pun murah kan Eda :)
ReplyDelete