Ramadan datang lagi dengan sinar keberkatannya. Siang malam kita mencari ganjaran pahala dengan melakukan pelbagai ibadah, dan bila ada sedikit rezeki yang lebih ana pasti kita ingin sama-sama berkongsi kenikmatan nya dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Keseronokan berbuka puasa dengan pelbagai sajian yang pelbagai pilihan menjadi tawaran pelbagai lokasi dalam buffet Iftar Ramadan. Bukan lah amalan puasa ni perlu di akhiri dengan menjamau selera dengan rakus, tetapi ana lebih suka mengambil dari sudut yang lebih positif iaitu, kita nikmati sesama rezeki yang ada sekali-sekala bersama insan-insan yang tersayang di waktu yang sama terus mencari keberkatan puasa dan Ramadan itu sendiri. Setuju tak ? 






Iftar Sesama di Bangi Golf Resort





Jadi, kalau lah korang bercadang untuk mencari buffet Ramadan yang menawarkan pelbagai pilihan menu antarabangsa namun masih adanya menu-menu warisan Melayu masakan ibunda, 100% ana cadangkan korang ke Bangi Golf Resort, Bangi dalam sajian Ramadan Iftar Sesama. Ana sendiri telah pun menghadiri satu majlis preview bersama suami dan anak-anak dan ikhlas ana nyatakan disini, menu-menu buffet Ramadan di sini memenuhi selera pelbagai peringkat usia dari kita ibu ayah ni sampailah ke anak-anak. Bukan setakad itu sahaja, semua pilihan makanan juga ada disini, contohlah kan, korang peminat menu masakan Barat, makanan India, makanan Oriental Chinese, makanan mamak style dan pastilah menu masakan Melayu semua itu ada di Bangi Golf Resort, all in one place. Ada 200 jenis makanan untuk korang nikmati dari citarasa kampung sampailah yang moden. 





Kat mana ana nak mula kan, sebab banyak sangat dan semuanya memenuhi selera kami sekeluarga malam itu. Okaylah ana nak mulakan dengan sajian ulam-ulaman terlebih dahulu. Kenapa ana tertarik dengan ulam-ulaman di sini ialah pertamanya ana memang lah peminat ulam dan ana sendiri bertanam pokok herba di rumah, dan kalau korang nak tahu, di Bangi Golf Resort ini jua mengamalkan konsep 'Kebun Dalam Bandar' sama macam ana juga kan hehe :) . Sayuran dan ulaman adalah dengan menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya dalam menu masakan Melayu lah. Mana ada kat tempat lain kan.






Pastilah Nasi Kerabu yang di hidangkan bersama ulam-ulaman organik yang di petik terus dari kebun oleh chef-chef berpengalaman dalam bidangnya. Kalau cerita pasal nasi kerabu ni, side dishes nya pula ada serunding kelapa ikan, kuah tumis, keropok, ayam goreng berempah dan ulam-ulaman segar yang ada disini seperti ulam raja, daun selom, kacang panjang, bunga kantan malahan bunga talang untuk mewarnai biru nasi kerabu pun di petik dari kebun BGR ini juga tau. Segar tak segar tak tahu lah lagi, memang rare sangat. 






The best part dan uniknya bila korang Iftar Sesama di BGR ni, korang berpeluang untuk memetik sendiri ulam-ulaman yang di hidangkan di dalam satu seksyen khas dan kat situ juga korang boleh mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang sedap. 





Menu-menu buffet Ramadan Iftar Sesama BGR 




Bila sebut buffet Ramadan ni, ana pasti tak lengkap lah kalau tak ada kambing bakar, mesti korang merungut kan, bayar mahal-mahal tak ada menu kambing bakar. Usah lah gundah gulana kerana di BGR ni pasti ada kambing bakar idaman korang tu. Lebih awesome lagi ia bukan sekadar kambing bakar dengan sos bbq, di sini korang juga boleh makan Sup Kambing Mamak cicah roti. Haa.. siapa tak tergoda kan. Ada juga Satay Ayam dan Daging serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang di masak panas-panas. 








Ana nak share dengan korang something, ana ni memang jemu sangat dengan menu nasi ayam, tapi kan semasa Iftar Sesama di BGR ni, ana nak bagi 5 bintang lah kat menu nasi ayam depa. Memang first class sedap sangat. Ayamnya di panggang bersama sos BBQ ala Oriental, yang di makan bersama sos kicap dan sos cili buatan chef sendiri. 




Khas buat penggemar menu masakan India pula, korang boleh je makan Ayam Varuval. Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Hitam Mamak dan makanlah semua ni dengan nasi kukus. Wallaaaahhh !! 






Adik Ika ni dari kecil lagi penggemar menu masakan Barat, jadi masa di BGR ni dia pastilah pilih masakan menu barat tak lain tak bukan Spaghetti dan Penne dengan pilihan sos bolognese ayam atau carbonara. Signature Dish di BGR ni pula ialah Sous Vide Eggs dengan cendawan Espuma yang di masak hanya bila kita nak menikmatinya. 








Amalan kita berbuka puasa dengan manisan terlebih dahulu kan, jadi di BGR ni terdapat deretan pencuci mulut dari yang moden hinggalah yang tradisional. Korang boleh mencuba Churros, Tiramisu serta kuih-kuih tradisional Melayu antaranya aneka kuih talam, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka, Kuih Bakar dan pilihan ana pula pastilah Pulut Kuning dengan Rendang Daging dan juga pulut Kuning Serunding Kelapa dan Pulut Inti. Dah peminat pulut tak boleh kata apa lah kan. 








Bab kek pun macam-macam ada seperti Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swis Roll, Green Tea Cheese Cake, Chocolate Cake, Caramel Mousse dan macam-macam lah. Haa.. Dan untuk menyegarkan tekak BGR menghidangkan minuman pilihan Kordial Mangga, Anggur, Air Tebu, Teh Tarik dan buah-buahan is wajib ada kan.






Iftar Sesama Sambil Beramal 


Mengapa BGR memilih tema Iftar Sesama pada kali ini ialah BGR mahu berkongsi pahala sambil berbuka dengan penuh kenikmatan sesama keluarga dan kawan. Caranya ialah melalui sumbangan amal 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). In Shaa Allah semoga usaha murni dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu dalam bantuan kemanusiaan bagi golongan yang memerlukan. 






Jangan risau dengan pembaziran kerana BGR juga mengamalkan konsep sifar pembaziran dengan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, yang akan menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan untuk di berikan kepada mereka yang memerlukan, Alhamdulillah. Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai menyumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang kurang bernasib baik 





Alhamdulillah, selain menikmati juadah yang sedap dan pelbagai di Restoran BGR, kita juga akan memperolehi ganjaran pahala dengan pelbagai aktiviti sumbangan sama ada secara langsung atau tidak dalam tema Iftar Sesama. 





So, macam mana? Dah terdetik di hati untuk Iftar Sesama di Bangi Golf Resort ? Buatlah tempahan secara online di laman web www.bgrrest.com/product/buffet-ramadan/ . Harga dari serendah RM59.00 nettt untuk dewasa dan RM29.00 nett untuk kanak-kanak.






Sambil berbuka puasa di Iftar Sesama ni korang jangan pula sampai tinggal solat tau, kerana di Bangi Golf Resort ini ada disediakan surau yang sangat selesa dan bersih dan boleh memuatkan ramai jemaah. Ada surau lelaki dan perempuan dan tandas juga cantik dan bersih. Lot parkir pun banyak sehingga 800 lot dan percuma. 






Ana sekeluarga sangat-sangat bertuah kerana telah pun di beri peluang mencuba sendiri menu-menu sedap di Restoran BGR ini dan In Shaa Allah akan datang sekali lagi untuk berbuka puasa di Iftar Sesama - Bangi Golf Resort , pada salah satu dari Ramadan nanti untuk repeat sekali lagi. 




Bangi Golf Resort Restaurant ( BGR Restaurant )
No.1, Persiaran Bandar, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

Tempahan / Pertanyaan :

1 700 81 8557

Laman web : www.bgrrest.com 
Instagram @bangigolfresortofficial 





~ Salam Ramadan Kareem 1440H ~ 

12 Comments

  1. Selamat berpuasa....
    semua menu-menu BGR ni sedap-sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nieyl. BGR terbaik dalam hidangan yang sedap2 ni :)

      Delete
  2. Banyaknya juadah menarik. Salam Ramadhan kak Ana :)

    ReplyDelete
  3. Wah.. boleh main petik-petik ulam.. sedap dan menarik..

    ReplyDelete
  4. Yang paling menggugat iman ialah.....DURIAN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian tu masa preview je Marsha, bila iftar tak ada dah hehe :)

      Delete