Masak Lemak Ikan Bawal Mas Dengan Belimbing
Pertama kali ana try masak kan ikan bawal mas ni dengan menu masak lemak. Biasanya ana kukus sahaja ikan bawal mas ni sebab rasanya yang lemak manis tu tambahkan asam boi dalam kukusan, memang sedap. Tapi kali ini ana nak cuba bermain dengan rasa, jadi ana pilih masakan masak lemak dan untuk asamnya ana masukkan buah belimbing buluh. Memandangkan bunga kantan banyak berbunga di belakang rumah ana buh kan sekali.
Alhamdulillah sedap rasanya. Manis ikan bawal mas di adun dengan lemak santan dan rasa masam dari belimbing buluh tu dah sempurna dah pada selera ana dan keluarga di rumah. Lain kali boleh lah masak lemak lagi kan dari asyik kukus sahaja.
Ana menggunakan serbuk kunyit Mak Siti, rasanya tak lah kuat rasa kunyit tapi ada aroma kunyit pada gulai. Warna kuningnya pun cantik sangat kan. Serbuk Kunyit Mak Siti ni dalam bungkusan baharu rasanya sebab sebelum ni lain bungkusannya. Tak susah pun korang cari sahaja di pasaran serbuk kunyit yang tulis Mak Siti, tu betul dah tu hehe :)
Masak Lemak Bawal Mas dengan Belimbing Buluh
Bahan-bahan :
Seekor ikan bawal mas sederhana besar - di potong dua
Bawang merah 1 biji
Cili api
Serbuk kunyit Mak Siti
Serai
Bunga Kantan
Santan kelapa
Beberapa biji belimbing buluh
Garam secukup rasa
Caranya sama sahaja lah macam masak lemak lain. Tumbuk bawang merah, serai, cili api dan gaulkan dengan serbuk kunyit di dalam lesung batu.
Masukkan ikan dan bahan tumbuk dan masukkan santan.
Kacau selalu supaya tak pecah minyak dan masukkan belimbing buluh yang di belah dua.
Akhir sekali masukkan bunga kantan dan rasa kan dengan garam. Siap dah.
Selamat mencuba naaa :)
11 Comments
Sedap bawal emas ni
ReplyDeleteisinye lembut aje.
kan manis je isi nya :)
DeleteSedapnya... Biasa Fiza goreng je. Hehe...
ReplyDeleteowh ye ke kak ana tak pernah goreng lagi Fiza :)
DeleteSA biasa kukus je...nanti nak beli la masak macam ni
ReplyDeletehaah SA selalunya kak ana pun kukus juga :)
Deletewahh ikan bawal emas! sama ikan dengan menu berbuka kc harini hehehe
ReplyDeleteamboi sama lak ye dengan ibu kakcik :)
Deletemak siti punye perencah semua best.. dah try
ReplyDeletetu la Fara kan semua sedap2 :)
DeleteMcm sedap je...nk buat la ..dpt idea masak hr niðŸ¤
ReplyDelete