Menghilangkan Blackhead Serta Rawatan Wajah Dengan Althea A'Bloom Baharu
Apa lagi yang terbaharu dari Althea Korea kali ini yang ana nak kongsikan dengan wanita anggun semua? Yezzaa !! Pastinya sesuai untuk wanita dan gadis yang ingin tampil cantik persis aktress Korea, kini hadirnya set penjagaan wajah Althea A'Bloom Collections baharu. Comel sangat hadir dalam bentuk masker pelembab wajah, A'bloom Mask Sheet , penghapus celaan Blackhead di wajah dengan A'bloom BHA Blackhead Blaster dan dua set comel meringue puffs iaitu A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs. Apakah yang awesome tentang koleksi terbaharu A'Bloom Althea kali ini.. jommm ana story mory dengan korang satu persatu. Macam selalu, model ana pastilah Kak Long lah kan.. Peminat K-Beauty khasnya dari Althea.kr .
Althea A'bloom - Koleksi terbaharu Althea
1. A'Bloom Fruit Mask Sheet
Ana nak mulakan dengan A'Bloom Fruit Mask Sheet Pelembap Kulit hadir dalam 4 jenis variasi pilihan yang pasti memberikan kelembapan pada wajah. Koleksi terbahru kali ini, menampilkan 4 jenis variasi mask dengan fungsi yang berlainan iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach.
Tengok dari packaging pun dah tertarik kan, comel sangat. Keempat-empat variasi mask pelembab wajah kali ini adalah berasaskan buah-buahan yang kaya dengan dengan khasiat semulajadi bahan pelembab wajah.
A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
Kita semua tahu kan bagaimana buah tembikai ini kaya dengan limpahan kelembapannya. Kalau dahulu ana suka menggunakan hirisan kulit tembikai ni dan letakkan pada wajah, terasa dingin dan sejuk sangat. Siapa sangka kini dengan hanya menggunakan A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long ia lebih mudah bagaikan siraman air ke wajah dengan memberikan kesan kelembapan tanpa hydrasi pada wajah seharian.
Dua bahan asas iaitu ekstrak tembikai dan juga ekstrak lavender amat sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan juga boleh di gunakan untuk semua jenis kulit. Ia bagaikan memakai 25g essence pada wajah dengan sekeping A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long . Dalam masa 10 minit pemakaiannya ia meningkatkan 78% kelembapan wajah. Tidak perlu risau kerana ianya lulus ujian klinikal untuk Non-Irritation dari KC Skin Clinical Search Centre. Kak long pun suka sangat memakainya dan terasa kulit wajahnya lembab sepanjang hari dan selesa khasnya ketika pulang dari kelas seharian di dalam cuaca yang panas terik waktu ini. Kak Long memakai A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Longketika cuti hujung minggu di rumah.
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright pula membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi dua kali ganda Vitamin C dari Lemon dan Limau untuk memudarkan kesan lebam ( dark spot ) pada wajah sekali gus menggantikan kulit kusam kepada wajah yang cerah bermaya.
Juga mengandungi ekstrak teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.
A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me pula kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kesan alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan serta tanda penuaan wajah .
Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.
A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Kombinasi ekstrak buah peach dan tea tree oil terbaik untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.
Kesemua rangkaian variasi A'Bloom Fruit Mask Sheet adalah dihasilkan dengan 100% helaian Mask dari pokok Eucalyptus semulajadi dalam bentuk eco-friendly , tanpa bahan pencerah optical, formaldehyde dan tahan lasak atau tidak mudah terkoyak. Ia juga mengandungi nilai PH yang seimbang.
Cara pemakaian A'Bloom Fruit Mask Sheet
1. Bersihkan wajah, keringkan dan sapukan penyegar pada wajah.
2. Keluarkan A'Bloom Fruit Mask Sheet dan pakai pada wajah kemudian ratakan sehingga memenuhi ruang wajah.
3. Pakai selama 10-20 minit dan kemudian tanggalkan dengan perlahan. Urutkan wajah dengan lembut agar terasa resapan pada kulit wajah hingga ke dalam.
Satu set A'Bloom Fruit Mask Sheet dalam bilangan 10 keping mask cuma berharga RM15 sahaja.
2. A'bloom BHA Blackhead Blaster
Ana percaya produk terbaharu dalam koleksi A'Bloom Althea yang pasti menjadi buruan ramai wanita adalah A'bloom BHA Blackhead Blaster . Masalah blackhead antara masalah utama kebanyakan wanita masa kini. Ana dan Kak Long turut mengalami masalah yang sama sehinggakan terpaksa membuangnya dari wajah dan pastilah mengalami kesakitan kan setiap kali mencungkilnya. Tapi sekarang, dengan adanya A'bloom BHA Blackhead Blaster memudahkan proses untuk menghilangkan blackhead.
Kini, kami hanya perlu menyapukan A'bloom BHA Blackhead Blaster Natural BHA Stick untuk menyingkirkan whitehead dan blackhead dengan ( White Willow Bark Extract 5,000ppm). Formula yang lembut dan sesuai untuk yang berkulit minyak dan kombinasi.
Cara menggunakan A'bloom BHA Blackhead Blaster :
1.Bersihkan wajah dari sebarang solekan dan kotaran terlebih dahulu dan keringkan wajah. Tekap wajah dengan tuala panas untuk membuka liang pori pada wajah terlebih dahulu.
2. Buka penutup A'bloom BHA Blackhead Blaster dan gosokkan pada bahagian wajah yang mengalami masalah whitehead atau blackhead secara urutan bulatan untuk mengeluarkan kesan kotaran dan minyak yang terperangkap pada wajah.
3. Bilas dengan air suam.
A'bloom BHA Blackhead Blaster ini cuma berharga RM16 sahaja pada saiz 8g.
3. A'bloom Baby Meringue Puf
Size : 30*28mm
Harga : RM11.00 ( 3 pieces )
Satu set Baby Meringue Puffs mempunyai 3 biji puff yang dengan saiz mini yang sangat comel dan lembut.
Boleh digunakan kering ataupun basah.
Bersaiz kecil dan berbeza permukaan untuk memudahkan selaras di gunakan pada bentuk wajah yang berbeza-beza. Memberikan kesan solekan yang rata pada permukaan wajah.
4. A'bloom Giant Meringue Puff
Size : 48*46mm
Harga : RM8.00 ( 1 pieces )
Saiznya lebih besar berbanding baby meringue puffs. Sesuai digunakan untuk meratakan asas solekan Boleh digunakan ketika kering dan juga basah. Dengan saiz yang besar, memudahkan untuk sapuan secara rata pada seluruh wajah. Menggunakan material High density latex free foam. Perbezaan rupa bentuk dengan muncung tirus boleh sapu dekat area celah hidung dan bawah mata.Mudahkan :)
Kesemua varisai terbaharu koleksi Althea A'Bloom baharu boleh di dapati secara online di
10 Comments
mmg terbaik produk althea ni..:)
ReplyDeletesetakad ni sesuai dengan jenis kulit kita kan wanita asia ni :)
Deletemenarik la A'bloom BHA Blackhead Blaster ni..kena cuba la nnt
ReplyDeleteberkesan untuk black heat ni Nieyl :)
Deleteserius best blackhead blaster tu tau...
ReplyDeletekan Eda :)
Deleteso fresh
ReplyDeleteYup fresh sesangat Anum :)
DeleteAna suka BbB dengan mask dia kak. Plan nak restock lagi nanti.
ReplyDeletenanti kita restock naa :)
Delete