Besan mak ana Pak Ya dan anak sulungnya selalu menahan bubu di sungai Perak ni untuk menangkap udang dan ikan sungai. Kalau ana balik kampung setakad makan udang galah tu rezeki kami lah bila adik ipar ana bawa dari rumah mak ayahnya. Pak Ya selalu bagi kat mak abah di rumah juga , berkongsi rezeki lah kan. Kali ni rezeki Ramadan kami balik berbuka di Teluk Intan, dapat makan ikan baung masak lemak. Kalau kat Teluk Intan ni kami panggil gulai lemak. 

Baung ni sejenis ikan sungai liar. Tak pernah lagi ana dengar ada orang yang ternak atau bela baung macam talapia atau keli. Kalau nak makan ikan baung memang selalunya dari hasil tangkapan nelayan sungai sahaja lah. Ikan baung ni pun tak lah hanyir macam ikan belaan kolam tu. Tapi kena basuh elok-elok juga lah sebelum memasaknya. 

Selalunya mak ajar basuh dengan asam jawa dan air bilasan beras untuk menghilangkan bau pada ikan baung ni. Bau air sungai lah kan.. Cuma sesetengah orang yang tak pernah makan ikan air tawar ni mungkin tak pandai lah nak makan ikan baung, tilan ataupun beberapa lagi jenis ikan sungai. 

Tengahari Sabtu lepas, Jue bagi sebekas ikan baung dari tangkapan Pak Ya. Kebetulan kami kat rumah wancu berkumpul nak buka puasa sama-sama adik beradik. Wancu awal-awal dah cop kata nak masak gulai lemak ikan baung dengan bunga kantan. Memang mengancam lah menu iftar kami petang tu, selera orang kampung sangat kan. 





Jomlah ana kongsikan resepi dan cara masak gulai lemak ikan baung. Kalau ada tempoyak lagilah teramat sedap. Tapi sekarang bukan musim tempoyak, jadi wancu masak gulai lemak biasa sahaja. 

Gulai lemak ikan baung 


Bahan-bahan : 

Ikan baung - bersihkan elok-elok dan perap dengan asam jawa seketika sebelum membilasnya
Kunyit hidup 
Serai
Cili api - ikutlah nak pedas macam mana
Santan pekat
Bunga kantan
Garam secukup rasa. 

Cara masak gulai lemak ikan baung 


~ Tumbuk lumak cili api dan kunyit hidup 

~ Masukkan ikan baung ke dalam kuali. Kami gunakan kuali untuk mudah mengacau kerana kalau kacau kuat nanti ikan akan hancur isinya. Kalau ada periuk besar pun boleh juga.

~ Masukkan serai yang di ketuk dan masukkan bahan cili api dan kunyit yang di tumbuk tadi.

~ Tuang kan santan pertama yang tak berapa pekat terlebih dahulu. 

~ Nyalakan api perlahan dan kacau selalu sehingga mendidih. 

~ Lepas sekali didih baharulah masukkan bunga kantan dan santan pekat serta rasakan dengan garam.

~ Kacau perlahan dan matikan api bila telah mendidih kali kedua. Siap untuk hidangan. 

Ikan baung ni cepat masak jadi kena kcau perlahan-lahan kuahnya dengan membalik-balikkan kuahnya sahaja di siram di atas ikan supaya tak hancur isi ikan baung nanti. Sedap di makan dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman. Alhamdulillah.. habis licin lauk baung masak gulai lemak kami untuk iftar petang 6 Ramadan lalu di Teluk Intan. 

Mungkin kerana kesedapan masak gulai lemak itu sendiri atau mungkin juga berselera bila makan berkumpul adik beradik sekali di rumah pusaka arwah tok kami. Betullah kan, makan ramai-ramai sekeluarga begini keenakannya jauh lebih sedap dari juadah hotel 5 bintang sekali pun. Nikmat silaturahim itu yang menjadi keberkatannya. Alhamdulillah. 

6 Comments

  1. Nampak sedap akak ana oiiii.. tp lea x mkn ikan baung.. suami jerk mkn.. leh cuba nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan air tawar ramai tak pandai makan Lea :)

      Delete
  2. atie suka ikan baung masak lemak cili api.. lemak lemak pedas, makan dengan nasi panas.. fuffff-- syurga.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh Atie pandai makan dan masak baung rupanya :)

      Delete
  3. Suka makan ikan baung sungai ni.
    Masak emak cili api r masak asam pun sedap.
    Kat sini ada 3 kategori ikan baung, ada baung sungai, baung tasik dan baung ternak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada juga ye WP, setakad ni yang ana selalu makan di kampung ni baung sungai je :)

      Delete