Alaaa.. Tauhu goreng ajer pun. Eh! Nanti lah dulu.. Ini bukan tauhu goreng biashe biashe ni ana jadikannya tauhu goreng rare sikit dan sedap di makan sebagai kudapan dengan sambal kicap atau pun thai sos. Haa... Inilah dia tauhu goreng crispy. 




Resepi ini ana ilhamkan dari video Rasa Pop Khairul Aming lah mana lagi. Ana buat jer versi sendiri tapi rasanya sedap. Bagi penggemar tauhu boleh lah cuba. Ana gunakan tauhu besar yang jenis lembut tu. Jom lah ana nak shared juga dengan korang menu sedap ni, buat untuk minum petang atau pun untuk kudapan selepas terawih, tak pun buat masa sahur bagi yang tak nak makan berat tu. In shaa Allah mengenyangkan sebab tauhu kan kaya dengan sumber protein yang baik dari khasiat kacang soya nya. 




Tauhu Goreng Crispy 




Bahan-bahannya pun mudah sesangat kome. Hanya perlukan tauhu lembut, ikutlah berapa yang korang nak masak tu. Telur ayam, garam dan lada sulah. Dah nak goreng tu kena lah ada minyak kan. Ana juga adunkan dengan bahan sayuran timun untuk menambah perisa nya. 



Cara masak tauhu goreng crispy 


1.Tauhu tu korang potong kecil. Mula-mula ana belah dua di bahagian tengah sebab tauhu ni jenis yang tebal tu. Kemudian bahagi lah empat jadi satu ketul tauhu tu ana dapat lapan potongan. 

2. Secret resepinya adalah pada telur nya lah. Telur tu korang kena dadar kuat-kuat sampai naik berbuih. Baharulah dapat menikmati keranggupannya nanti. Campurkan garam dan lada sulah. 

3. Panas kan minyak betul-betul panas, celup potongan tauhu ke dalam telur rata-rata dan terus terjunkan ke dalam minyak yang panas. Minyak ni biar sampai tenggelamkan tauhu tu kay. Kemudian korang balikkan sepaya masak garing dan toskan. Pastikan kuali non stick la kalau tak melekat pecahlah tauhu tu. 





4. Toskan pada tisu dapur supaya hilang kan minyak yang berlebihan. Sebab tu kena goreng dalam minyak panas kalau tak minyak akan meresap ke dalam tauhu dan jadi lembik tak lah crispy nanti. Itu salah satu teknik untuk mendapatkan masakan di goreng rangup kan. 




5. Hidangkan panas-panas dengan timun, sos atau mayo ataupun cicah sambal kicap pun sedap. Ni kira tauhu bergedil versi malas lah, rasa pun ala-ala je tapi sedap lah lagi tauhu bergedil kan sebab ada inti daging dan kentang. 

Boleh lah korang cuba nanti kalau dah buntu nak makan apa. Nak makan dengan cucur udang pun sedap kan, jadilah gado-gado gitu. Rasanya lembut di dalam dan rangup di luar, kan sedap tu. Selamat mencuba .  

10 Comments

  1. Wah makan panas-panas dengan kuah kacang pun sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC ala-ala gado-gado gitu kalau makan dengan sambal kacang :)

      Delete
  2. salam ana,,,,, sedapnyeee, nak cuba jugak resepi tahu crispy ana nii,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam aina, cuba kay, haah crispy nanti jadinya :)

      Delete
  3. Kat tempat saya ada orang jual tauhu ni secara cod tapi saya tak berapa masuk dengan sambal kicap. Lebih suka makan dengan sos cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga kak makan dengan sos cili, ana suka dengan sos cili Thai tu :)

      Delete
  4. Sedap nie.. boleh buat juadah berbuka.. simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete