Al Baiti Jannati ... Rumahku syurgaku.. In shaa Allah. Semuanya terpulang pada kita penghuninya untuk menjadikan sebuah rumah itu satu kediaman atau sekadar berteduh. Tak kira jenis rumah apa juga yang kita diami amatlah penting untuk kita sebagai penghuninya mempastikan tempat tinggal kita selesa, bersih dan di hias indah. Bukan bermakna rumah yang cantik itu perlu kepada perhiasan yang mahal, tidak itu tidak benar sama sekali. Rumah yang kita huni sepanjang masa tu perlulah kita jaga dari segala aspek dan yang paling utama kebersihan, baharulah terbit rasa keindahan untuk menjadi penghuni di mahligai idaman.




Hiasilah ruang-ruang rumah kita mengikut kemampuan yang ada. Rumah kita biarlah ikut cara kita kan. Duk panjang lebar cerita pasal rumah ni dah kenapa eh ?? Sebenarnya ana ada satu lagi tip penjagaan rumah agar kita sentiasa selesa untuk tinggal di dalamnya. Iaitu mempastikan juga rumah kita sentiasa harum dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan. Bukan setakad rumah malahan boleh juga di gunakan pada kereta. Satu lagi jenama produk Bumiputera yang harus kita support tak lain tak bukan Afy Haniff.



Afy Haniff -  D'MenC Fabric Freshener ( Penyegar Fabrik )



Kali ini ana nak kongsikan pengalaman ana sendiri selama hampir sebulan dengan menggunakan dua lagi rangkaian produk Afy Haniff iaitu D'MenC Fabric Freshener ( Penyegar Fabrik ) dan juga D'MenC Air Freshener ( Penyegar udara ) . Kedua-dua produk wangian ini korang boleh gunakan di dalam ruang rumah mahupun di dalam kenderaan. Jom ana mulakan dengan Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener.




Ruang tamu, kamar tidur adalah dua daripada ruang dalaman rumah yang menjadi tumpuan kita sepanjang masa di rumah. Untuk mempastikan kita berasa selesa pastilah kita perlukan ruang yang berudara segar dan lagi best kalau wangi kan. Untuk itu, ana cadangkan korang menggunakan D'MenC Fabric Freshener. Dengan hanya satu semburan, ia memberikan haruman yang wangi dan fresh khasnya di ruang tamu dan bilik tidur.





D'MenC Fabric Freshener di sembur pada fabrik di dalam peralatan dan perhiasan rumah kita. Ana semburkan pada langsir di sliding door ruang tamu. Ini kerana langsir ni dah agak lama juga tak berbasuh. Bukan malas nak basuh tapi ana yakin ramai dari kita adalah satu masalah besar juga nak basuh dan tukar langsir selalu ni. Pertama ianya berat lah, nak buka nak pasang balik pun boleh tahan mencabar fizikal dan mental gak kan.. Hehe :) Jadi kadang-kadang ambil masa 6 bulan sekali barulah tukar langsir yang besar-besar macam kat sliding door ni. Lain lah langsir tingkap tu rajin gak lah nak tukar selalu. Di ruang tamu ana memilih D'MenC Fabric Freshener Lemon Tree. Memang segar aroma citrus. Bauan lemon yang sungguh menyegarkan dan mendamaikan di segenap ruang tamu utama rumah. 




Ana dan bunga ni berpisah tiada kata orang, kalau di laman luar rumah ana suka menanam pokok-pokok bunga hidup namun untuk dekorasi dalaman rumah pula ana suka menghiasinya dengan gubahan bunga-bunga tiruan khasnya yang berwarna putih. Beberapa sudut ruang rumah ana letakkan gubahan bunga tiruan dan nak basuh tu pun satu masalah juga sebab nanti dah basuh kena lah gubah semula kan. Dan bila di perkenalkan dengan D'MenC Fabric Freshener senang dah kerja ana. Semburkan sahaja pada dekorasi bunga-bunga hiasan, wangiiiii dah bagaikan haruman dalam taman gitu. Ana menggunakan D'MenC Fabric Freshener Lavender. Memang wangi tapi mendamaikan. Nak nak lagi time memalam sambil menonton tv, padam lampu ermmm... damai sungguh rasanya. 




Selain dari langsir dan bunga hiasan, korang juga boleh menggunakan D'MenC Fabric Freshener untuk memberi kesegaran dan haruman pada kusyen-kusyen. Semburkan sahaja dan ia juga menghilangkan 99.9 % kuman penyebab bau busuk. Kusyen ni biasa lah kan kadang-kadang kita buat alas tidur bila melepak atas sofa sambil menonton tv, haa jadi kenalah basmi kuman sambil mengharumkannya. Baru lah best nak peluk atau baring. Untuk ruang rehat di porch ni ana memilih semburan D'MenC Fabric Freshener Vanilla. Baunya agak kuat jadi sesuai untuk di gunakan di ruang terbuka. 




Ini pula bilik tidur Kak Long, awal-awal dia dah cop! Dia kata dia nak gunakan D'MenC Fabric Freshener Strawberry untuk aroma pada cadar dan langsir bilik tidurnya. Memang ini pun semburan yang ana gunakan juga untuk bilik tidur ana. Bukan apa, ana suka sangat aroma strawberry nya yang menyegarkan dan mendamaikan sebelum lena di ulit mimpi. Asyik sangat kan seronok bila berada di kamar tidur yang bersih dan wangi macam ni. 




Meh la ana kongsikan serba sedikit mengenai produk Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener ni untuk pengetahuan kita semua.

~ Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener di datangkan dalam 4 pilihan variasi yang mempersonakan dengan haruman yang menyegarkan ruang pada semburan di fabrik. Dua variasi wangian buahan-buahan iaitu Lemon Tree dan Strawberry manakala dua lagi variasi wangian bunga-bungaan Inggeris iaitu Lavender dan Vanilla

~ Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener menggunakan teknologi malodour counteractant yang dapat menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan mengandungi anti bakteria. Jadi ruang rumah akan berbau segar dan bersih dari kuman, In Shaa Allah. 

Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener mudah dan cepat meresap ke dalam fabrik dan dapat menghilangkan bau habak dan menyegarkan ruang dalaman rumah kita. Ini yang best kan tak payah nak basuh selalu fabrik dekorasi rumah kita, hanya perlu sembur kan sahaja dah memadai. 

~ Secara tak langsung ia menyegarkan tanpa perlu di basuh

Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener juga menghilangkan 99.9% kuman yang menjadi penyebab bau busuk dan kurang menyenangkan di dalam ruang kediaman kita. 

~ Dan yang paling penting, Afy Haniff D'MenC Fabric Freshener tidak meninggalkan kesan pada fabrik. Jadi boleh lah kita semburkan pada mana-mana fabrik walaupun berwarna putih kerana ia tidak meninggalkan kesan atau tompokan pada fabrik kita. 

CaraPenggunaan Afy Haniff DmenC Fabric Freshener : 


1. Putar trigger kepada ON .

2. Goncang dan sembur dengan jarak 20cm daripada fabrik. 

3. Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar dan kerusi. 


Afy Haniff - D'MenC Air Freshener ( Penyegar udara )




Sekiranya korang memilih untuk tidak menggunakan Fabrik Freshener, ruang rumah dan kenderaan korang juga boleh memperolehi haruman segar dan wangi dengan hanya menggunakan Penyegar Udara. Afy Haniff juga mempunyai rangkaian penyegar udara atau Air Freshener yang tidak kurang hebatnya iaitu D'MenC Air Freshener





Awal-awal lagi suami ana memilih menggantungkan D'MenC Air Freshener Vanilla ni di dalam kereta nya. Sebab tu lah dalam gambar rangkaian produk D'MenC Air Freshener ni kurang satu kerana yang Vanilla ni pilihan suami untuk keretanya. Adoi, dia suka pada haruman D'MenC Air Freshener Vanilla ni kerana memberikan wangian menyeluruh pada ruang dalam kereta MPV kami yang luas ruangnya sampai ke seat belakang pun boleh bau wangian D'MenC Air Freshener Vanilla ni. 




Bukan setakad dalam kereta tau, D'MenC Air Freshener ini juga korang boleh gunakan di dalam rumah, seperti menggantungkannya di dalam almari pakaian. Kan ke best bila nak pakai baju, wangi je dah pada baju dan tak lah bau hapak di dalam almari kita tu. 




Korang juga boleh meletakkan botol comel D'MenC Air Freshener ini juga di sudut ruang rumah atau bilik tidur supaya memberikan aroma yang menyegarkan ruang dan memberi belaian kedamaian. Adik Ika misalnya malas nak sembur-sembur bu, katanya baik Adik letak je botol comel D'MenC Air Freshener di ruang meja belajar nya. Kekal aroma D'MenC Air Freshener Green Apple yang segar di segenap ruang kamar tidurnya. Nanti boleh lah bawa balik kolej satu dan gantung kat sana pula kan, Adik. 




Terdapat lapan pilihan variasi Afy Haniff D'MenC Air Freshener untuk korang pilih mengikut citarasa kesukaan masing-masing. Dua variasi utama iaitu haruman bunga-bungaan dan kesegaran buah-buahan untuk di miliki. Untuk haruman bunga-bungaan terdapat Autumn, Lavender, Pandan Leaves dan Vanilla dan untuk pilihan aroma buah-buahan pula adanya Green Apple, Honey Dew, Sparkling Lemon dan Tutty Fruity yang semuanya sweet2 sangat bauannya. Ana suka Green Apple dan Honey Dew tu sangat-sangat. 





Afy Haniff D'MenC Air Freshener antara kelebihannya adalah :

~ Parfum dalam setiap botol Afy Haniff D'MenC Air Freshener mengandungi 100% pati minyak wangi iaitu kepekatan minyak wangi tulen

~ Wangian kekal segar sehingga penggunaan ke titisan terakhir

~ Hanya sedikit penggunaan mampu menyegarkan seluruh ruang. Jimat lah kan. 

Afy Haniff D'MenC Air Freshener sesuai di gunakan untuk kereta, almari, pejabat, ruang tamu, bilik mahupun ruang dapur

Afy Haniff D'MenC Air Freshener selamat untuk di hidu oleh semua peringkat umur. 


Cara penggunaan Afy Haniff D'MenC Air Freshener 


1. Buka stopper sepenuhnya atau cucuk bahagian atas penutup.

2. Pasangkan kayu penutup dan terbalikkan pada kadar segera agar minyak wangi meresap pada kayu penutup untuk memberi wangian pada ruang ia di tempatkan. 

3. Terbalik kan semula jika bauan wangian telah berkurangan. 




Di mana hendak membeli kesemua produk Afy Haniff D'menC ni ? Mudah sahaja korang boleh mendapatkan kesemua rangkaian Afy Haniff D'menC Fabric Freshener dan juga Afy Haniff D'menC Air Freshener ni di mana-mana cawangan pasaraya Giant, Tesco dan Aeon Big. Juga boleh juga membeli secara online di pautan yang ana berikan di bawah ini : 


Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/afy-haniff

Shopee : https://shopee.com.my/afyhaniff 

11Street : https://www.11street.my/store/afyhaniff 

Ezbuy : https://ezbuy.my/category/?keywords=afyhaniff


Korang juga boleh layari ke mana-mana laman web, Facebook dan Instagram Afy Haniff untuk update terkini dan promosi kesemua rangkaian produk Afy Haniff di :



Instagram : @afyhaniff_consumer

Laman web : www.afyhaniff.com


Jomm support produk Bumiputera kita dengan memilih 
rangkaian produk penjagaan rumah
 Afy Haniff 

10 Comments

  1. Bila banyak pilihan boleh pilih ikut citarasa..tak pun pilih semua..setiap ruang letak bau yang berbeza...wow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah menarik juga tu PC setiap ruang ada aroma yang berbeza kan :)

      Delete
  2. Wah.. gantung dalam almari pun okay ye kak ana..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. harumkan satu rumah WP dengan Afiy Haniff

      Delete
  4. harum wangi 1 rumah... bagus produk mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah produk bumiputera yang sangat berkualiti dan baik :)

      Delete