Bakat dan kebolehan seseorang itu adalah anugerah Allah swt kepada hambaNya. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan tidak mengira siapa pun. Walaupun di mata insan lain, seseorang itu ada kekurangannya namun ia bukan ukuran untuk dikurniakan Allah swt kelebihan dari sudut yang lain. Inilah yang ingin ana ketengah kan kepada korang semua tentang seorang anak istimewa yang bernama ARIQ AZHAFI . Jom sama-sama kita kenali ARIQ AZHAFI remaja AUTISME yang diberikan anugerah bakat istimewa dalam bidang seni muzik tanahair kita. 




Siapakah ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY




Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.




Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.




Terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.




Lagu dan lirik “KITA” ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair. “KITA” menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, “KITA”merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.





Di ruang ini Ariq Azhafi ingin menyampaikan ucapan dan harapan buat mereka yang banyak membantunya dalam mencapai impian beliau : 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. 
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.
Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda… 
juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.




Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor.
 Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process .

Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip “KITA


Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya… InsyaAllah..”

Ariq Azhafi




Sama-sama kita doakan semoga Ariq Azhafi terus sukses di dalam apa juga bidang yang diceburinya dan cemerlang dari dunia hingga akhirat. Semoga dengan bakat yang di anugerahkan buat anak remaja ini mampu membuktikan bahawa setiap insan itu pasti akan berjaya dengan usaha dan ketekunan yang teguh, In Shaa Allah dan faktor kekurangan diri bukan lah satu penghalang untuk meraih apa yang d cita-cita. 

Jommm.. sama-sama kita sokong semangat dan iltizam Ariq Azhafi dengan mengikuti perkembangannya di laman sosial di pautan yang ana berikan di bawah ini : 

Instagram 

Facebook 


6 Comments

  1. Tahniah ariq berjaya buktikan bakat diri. Semoga success selalu

    ReplyDelete
  2. Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    ReplyDelete