Sedar tak sedar, semalam telah pun masuk 20 Syawal 1440H . Bermakna dah 20 hari kita meraya kan Aidil Fitri untuk tahun ni, syukur Alhamdulillah. Kalau di kampung-kampung tu, hari raya dah lama berakhir kuih raya pun dah tinggal habuk kata orang tua yer :) Maklumlah selepas seminggu anak cucu beraya di kampung, kini masing-masing dah pun pulang ke punca rezeki masing-masing meneruskan kehidupan.



Berbeza pula suasananya di bandar ni, boleh di katakan raya sebulan. Mana tidaknya hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja jemputan untuk menghadiri rumah terbuka raya. Orang kita ni memang suka berkongsi rezeki dan beraya bersama saudara mara dan kenalan serta jiran tetangga. Ana sendiri, hampir setiap minggu menyantuni jemputan dari kawan-kawan dan jiran. 

Majlis Jalinan Ukhuwah Aidil Fitri - PPZ MAIWP 





Bertuah rasanya kali ini ana di rezekikan menerima jemputan untuk menghadiri majlis hari raya anjuran PPZ-MAIWP . Dan Alhamdulillah, Isnin lepas 24hb Jun 2019, ana bersama suami dan Adik Ika telah pun menghadir kan diri di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidil Fitri anjuran PPZ-MAIWP yang di adakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 




Acara bermula dari jam 11:30 pagi. Kami sampai dalam pukul 11:50 selepas menghantar Kak Long ke KL Sentral terlebih dahulu kerana dia nak balik Shah Alam untuk mengambil peperiksaan akhir semaster. Jadi ana, suami dan Adik Ika sahaja lah yang dapat ke open house raya PPZ-MAIWP ni. Waktu kami sampai, acara dah bermula namun tetamu belum lagi ramai yang hadir. Kami di sambut mesra oleh warga kerja PPZ-MAIWP dan masuk ke dewan untuk terus mengambil meja dan menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di sekeliling dewan. 



kuih muih dan buah-buahan


nasi tomato basmati, ayam masak madu dan kari dhal serta acar timun dan papadom


satay, lemang dan rendang 


Sambil di hiburkan dengan alunan lagu-lagu Hari Raya membangkitkan lagi suasana riang ria raya. Pelbagai juadah di sajikan antaranya menu rebutan ramai pastilah kambing bakar, menu utama tengahari iaitu nasi tomato beras basmati, ayam masak merah, ayam madu, kari dhal, acar timun dan papadom. Lain-lain menu sampingan seperti mee kari, mihun sup, yong tau fuu, pelbagai kuih muih pencuci mulut yang sedap-sedap, minuman kordial sirap dan sarsi, air teh tarik, buah-buahan, satay, lemang, rendang dan sebagainya. Memang kenyang sampai ke petang, Alhamdulillah. 




Di Majlis Jalinan Ukhuwah Aidil Fitri ini juga, suami teruja dapat berjumpa dengan beberapa orang ustaz selebriti tanahair kesukaannya. Majlis PPZ kan mestilah ramai jemputan ustaz-ustaz ni. Dan Adik Ika pula suka bila dapat berjumpa dan bergambar dengan hero popular tanahair siapa lagi kalau bukan Amar Bahrin. Erm.. sebelum ni ana sendiri pernah berjumpa Amar di salah satu event PPZ untuk menjayakan satu kempen, kali ni rezeki Adik Ika pula. 






Paling best kami duduk semeja dengan penyanyi kumpulan nasyid Raihan. Allahu.. mesra sangat anggota Raihan dan pengurusnya berbual dengan kami. Ana dah awal-awal cop kan seat untuk sahabat blogger ana, Sue Kabdy dan suaminya Man Java . Lagipun selesai majlis ni, ana balik tumpang Sue dan Man sebab suami nak kena masuk kerja. Terima kasih Sue dan Man.





Ana dan Sue Kabdy 


yong tau fuu 


Alhamdulillah, suatu majlis jalinan ukhuwah yang amat menarik dan merapatkan silaturrahim antara sesama warga kerja PPZ-MAIWP dengan pembayar zakat, rakan media dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjalankan usaha serta menggerakkan kempen untuk menyampaikan info dan kesedaran tentang kepentingan membayar zakat yang merupakan rukun Islam ke 4. 


kambing panggang 


Sejujurnya ana sangat bertuah kerana sering kali dapat menyertai kempen-kempen terbaharu sepanjang tahun dari PPZ-MAIWP untuk menyampaikan mesej-mesej serta pelbagai produk untuk di war-warkan kepada pembaca dan pengikut di blog serta media sosial. Semoga setiap penulisan ana ada keberkatanNya jua, In Shaa Allah. Terima kasih PPZ-MAIWP di atas jemputan dan semoga kita semua sentiasa menjalinkan ikatan ukhuwah dan silaturrahim sesama manusia sebaik mungkin. In Shaa Allah. 


Bersama rakan blogger Anie Mohammed. Sue Kabdy dan Sue Sopian 

4 Comments

  1. Meriahnya raya. Best dpt jemputan mcm nie.. dpt jumpa artis dan rakan blogger.. dapat rapatkan ukhwah bersama client juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, seronok sangat Alhamdulillah :)

      Delete