Cara Buat Dumpling Udang
Pagi tu ana ke pasaraya untuk beli stok barang-barang dapur. Terpandang lah udang saiz besar-besar juga dan harga pun agak murah pagi tu, selalunya stok semalam agaknya kalau murah macam tu, dalam RM26 sekilo. Rupa paras pun masih comel lah lagi kalau nak beli dan habiskan hari yang sama, In Shaa Allah masih okay rasanya. Ana pun beli dalam RM20 macam tu, banyak lah juga. Pas tu terpandang pula kepingan kulit dumpling atau wantan segera. Beli lah juga sebab macam teringin nak makan dumpling goreng.
Balik rumah, udang tu sebahagian besar ana masak sambal udang untuk menu tengahari, dan selebihnya suruh Kak Long dan Adik Ika simpan nak buat dumpling goreng. Sedap juga buat menu minum petang. Anak-anak bila ada di rumah suka sangat nak cuba macam-macam resepi. Depa duk Google dan jumpa resepi mudah dumpling goreng yang asalnya inti ayam cuma depa modified gantikan dengan isi udang. Bila dah siap di goreng sedap juga lah, cuma sos tu ana olah sendiri dengan menggabungkan pelbagai jenis sos yang ada di rumah jadi rasa dia unik sikit lah ala-ala sos colek gitu.
Ana nak kongsikan di sini resepi mudah dumpling udang yang kami buat petang tu untuk rujukan semula dan boleh sahaja berkongsi idea dengan pembaca, manalah tahu kan, ada yang teringin nak try buat dumpling udang di rumah.
Resepi dan Cara Buat Dumpling Udang
Bahan-bahan :
Kepingan kulit dumpling/wantan segera ( ada dijual di pasaraya )
Isi udang ( di dadu )
Lobak merah ( dadu kecil-kecil
Bawang holland ( dadu halus )
Bawang putih ( dadu halus )
Daun bawang ( dadu halus )
Serbuk lada sulah
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Marjerin ( untuk menumis )
Cara buat dumpling di rumah :
- Pertamanya mestilah kena sediakan intinya terlebih dahulu. Panaskan marjerin dan tumiskan bawang putih dan bawang holland.
- Masukkan lobak merah dan kacau hingga empuk dan lembut.
- Masukkan isi udang.
- Masukkan sos tiram dan kicap manis dalam sesudu besar. Ikut kuantiti udang dan sayur yang digunakan.
- Kacau sebati dan rasakan dengan sedikit garam tapi rasa lah dahulu kalau dah cukup masin dari kicap manis dan sos tiram tak perlu garam dah.
- Renjiskan serbuk lada sulah dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebati dan tutup api. Sejukkan seketika.
- Buka kepingan kulit wantan dan basahkan dengan sedikit air jika terlalu kering. Kulit wantan ni ada dua jenis satu yang berbentuk segi empat dan satu yang bulat.
- Letakkan inti udang dumpling di bahagian tengah dan tutup kepada dua bahagian. Padatkan isinya macam buat karipap tu lebih kurang. Basahkan bahagian hujung dan tekan biar rapat dan melekat membungkus isi dumpling tadi.
- Panas kan minyak tetapi gunakan api perlahan dan gorengkan dumpling satu persatu. Terbalik kan dan anglat serta toskan. Kejap je tau nak goreng dumpling ni macam goreng keropok gitu sebab ianya di perbuat daripada tauhu nipis jadi cepat garing.
- Toskan minyak dan boleh lah di nikmati dengan sos thai atau sos dumpling.
Untuk sos dumpling yang ana buat sendiri ni, ana cuma gabungkan sos thai, cili sos, kicap manis, cuka, garam dan gula. Masak seketika atas api perlahan dan hidangkan dengan taburan bijan.
Selamat mencuba :)
4 Comments
alahai sedapnya. buat sendiri puas makan hehe
ReplyDeletesedap rangup je anamizu :)
DeleteTentu lahai sedap
ReplyDeletesedap WP. Alhamdulillah
Delete