Lelaki oh lelaki.. kalau boleh semua pun mereka nak cepat dan mudah untuk bersiap tak kiralah sama ada keluar bekerja ataupun beriadah bersama keluarga dan teman-teman di hujung minggu atau pun menghadiri majlis. Bukan semua lah, maksud ana di kalangan lelaki dalam lingkungan yang ana kenali kebanyakannya sebegitulah kaedahnya. 

Suami ana sendiri contohnya kadang-kadang bila nak keluar tu, dia dah siap berpakaian, sempat tidur lagi sementara menunggu ana dan anak-anak gadisnya bersiap. Depa ni mudahlah kan, pakaian pun kita dah siap-siap kan cuma nak pakai sahaja, lainlah kita ni, nak bersolek lah, lilit tudung lah kan. Begitulah kerenah lelaki kebanyakkannya. 


DASHING DEO + BODY SPRAY 


Tapi untuk suami ana sendiri, ana akan tetap mempastikan setiap hari dia menjaga penampilannya di luar mahupun di dalam rumah. Suami ana jenis yang agak pembersih orangnya, Alhamdulillah dan untuk mempastikan dia sentiasa berasa yakin akan keterampilan diri, ana sentiasa menyediakan wangian untuknya. Bukan apa, sebagai seorang eksekutif, sering kali bertemu pelanggan dan menghadiri mesyuarat di pejabatnya, jangan sekali-kali masalah bau badan menjadi pengganggu. Ia akan memberikan gambaran keperibadian yang tidak baik di mata orang lain. Malahan kita sendiri pun di rumah perlu menghindari dan mengatasi masalah bau badan ni sebaik mungkin. 

Suami memang pengguna tegar jenama Dashing dan kini ana terlebih suka bila Dashing muncul dengan inovasi terbaharu iaitu DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY . Yeay !! Mudah dan selesa sangat apabila deodoran dan perfume di satukan dalam satu semburan sahaja dan lebih awesome ia kekal lebih lama. Perghh!!! Memang sesuai sangat untuk kaum lelaki yang serba nak cepat dan sempoi ni kan. Jomm kita tengok apa yang baharu dari DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY


DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY



DASHING DEO + BODY SPRAY 


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


DASHING DEO + BODY SPRAY 


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!


Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


Empat Jenis Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY


DASHING DEO + BODY SPRAY Hattrick 

• HATTRICK ( Biru ) 


- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


DASHING DEO + BODY SPRAY Ultimate Kick 


• ULTIMATE KICK ( Hitam ) 

- Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


DASHING DEO + BODY SPRAY Speed 


• SPEED ( Merah ) 

- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


DASHING DEO + BODY SPRAY Hitman


• HITMAN ( Hijau ) 

- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



DASHING DEO + BODY SPRAY 



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari 

Facebook DASHING 

 Instagram 

4 Comments

  1. Jimat betul kalau dpt guna 5 bulan. Sebab spray nie kadang2 tak smpai sebulan dah habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah suami kak ana punya masih banyak lagi dah guna dua bulan gak fiza hehe :)

      Delete