Uniknya makan colek ni adalah kerana ia hanya dapat di nikmati setahun sekali sahaja ketika bulan Ramadan. Alhamdulillah kali ini, kami masih berkesempatan dengan izinNya ke Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh. Dua tahun sebelum ini, ana sekeluarga di perkenalkan dengan menu makan colek ni oleh jiran kami Man dan Ida lah. Sampai ke Puchong, kami food hunt ke Warung Cikgu masa tu. Kini dah tahu adanya Warung Kita di Kampung Melayu Sungai Buloh ni yang terkenal dengan menu Nasi Manggei dan Air Kelapa Baldi ni, dekat dah lah nak makan.


Menu colek ni hanya ada ketika bulan Ramadan sahaja tau. Ini kerana menurut Man, kalau di Kelantan atau Trengganu, colek ni bagaikan moreh yang di makan di kampung-kampung pada waktu malam selepas solat taraweh. Sebab itulah di Warung Kita ni hanya menyajikan menu colek dalam bulan puasa sahaja.


Makan Colek Ramadan Di Warung Kita





Colek ni lebih kurang sama dengan sotong , udang, ikan goreng tepung tu sahaja. Cuma ia di gabungkan dalam satu pinggan sama macam makan rojak gitu. Yang istimewanya adalah sos colek tu, memang sedap sangat pedas manis rasanya. 

Kalau kita ke Warung Kita ni, ada colek ayam, colek seafood dan kerang bakar. Kita pilihlah nak ambil gorengan apa nanti di kira dan diberikan bil. Kemudian baharulah di potong-potong dan di letakkan dalam pinggan besar di berikan salad dan keropok percuma dalam pakej yang kita pilih tadi tu.Gituew!!! 



Kalau sebelum ni sos tu di curah sekali atas bahan gorengan yang kita pilih, tapi kali ini sos di berikan berasingan pula. Jadi kita kena colek sendiri lah. Pun sedap. Tapi korang kalau pertama kali nak try baik tanya dulu harga setiap colek tu sebab sotong yang besar gemokss tu harganya antara RM15-RM30 seekor tau. Jangan tanjat lak nanti bila nampak bil hehe. 

Malam tu kami sampai dalam jam 10:30 malam selepas balik taraweh. Kami ambil dua cucuk udang, satu cucuk tu RM3, satu ayam, beberapa bebeola ikan dan ketam dan cucur tepung. Sayang sangat malam tu tak ada paru goreng tepung kalau tak itu yang feberet ana. Semua dalam pinggan tu cuma RM17 sahaja. Haa kan ana kata kena bijak lah ikut bajet masing-masing. 




Adik Ika pula macam selalu lah pasti nak pekena coconut shake kalau ke sini. Kami tak ambil air kelapa baldi pun malam ni sebab nanti malam asyik nak ke bilik air je pula jadinya. Jadi kalau yang belum pernah try makan colek ni boleh lah ke Warung Kita di Kampung Melayu Sungai Buloh ni, tak tahu lokasinya, alaaa waze sahaja lerr.. Cuma kena check dulu lah masih buka ke tidak kerana selalunya depa tutup perniagaan beberapa sebelum Hari Raya. 

6 Comments

  1. Dulu masa blaja di UiTM sg buloh slalu sgt makan nasi manggey n coconut shake cni. Taktaw plak ade benda ni masa Ramadhan ya. Nampak sedap ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak jauh dari kampus Yea dah tu kan, haah menu ni hanya ada ketika bulan puasa sahaja Yea, In Shaa Allah tahun depan maii naa lepas tarawih :)

      Delete
  2. Ala.. bulan puasa je ye Kak Ana.. Tak sempatlah nak merasa.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Sha bulan puasa selalunya sampai ke pagi tapi tu lah Sha jauh gak tu nak datang :)

      Delete
  3. Tak pernah cuba lagi makan colek ni. Huu nampak sedap. terliur. Hehe. Selamat hari raya kak ana ✨


    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ika, gorengan tepung di colek dengan sos nya yang sedap tu hehe :) terima kasih atas kunjungan :)

      Delete