Ana perasan sangat ke mana sahaja ana pergi khasnya di meja-meja makan di kedai lah kan, pasti ada sahaja makhluk Allah swt yang comel ni akan datang menghampiri. Kadang-kadang terdongak meminta secebis perhatian, ada yang agak berani tu, siap kuis-kuis kaki atau peha, malah ada yang lebih macho lagi siap naik duk kerusi sebelah. Allahu.. memang tak berdaya nak melawan rasa ehsan dan simpati bila mata mereka memandang dengan penuh sayu. 




Kadang-kadang yang kita makan tu depa tak makan, contohnya kalau ana makan nasi campur, suka makan dengan ikan keli bakar, bila bagi depa ni tak nak makan pula. Kena lah belikan ayam goreng pula dan koyakkan sikit untuk depa. Suami ana selalu pesan, jangan bagi kat lantai kedai, bagi kat jauh sikit di ruang terbuka, nanti kotor lantai kedai orang katanya. 




Selain dari suka ambil gambar menu makanan, hobi ana laa nii suka pula ambil gambar gelagat anak-anak bulus yang ana jumpa kat mana-mana. Aksi sponton depa ni comel-comel semua. Kucing jalanan, nasib mereka tak sama dengan kucing peliharaan di rumah yang jauh lebih bernasib baik. Tak semua orang sudi nak memberikan mereka sedikit perhatian dan ehsan. Ada sahaja yang kena sepak hanya kerana meminta sedikit makanan. 

Mereka ini mungkin dari spisis yang tidak comel kerana itu agaknya ia tinggal di jalanan dan terbiar. Namun ada juga yang dari baka yang mahal tetapi bila dah sakit atau uzur, terbuang sudahnya di jalanan. Dan ana paling tak suka dengan insan yang dari kecil ketika ia cantik dan comel di sayang di belai dan bila dah bunting, sakit atau tua mulalah di abaikan tanpa perhatian lagi. 




Pada ana, didik lah anak-anak kita dengan rasa ehsan pada haiwan yang terdaya ni, In Shaa Allah jiwa mereka akan penuh dengan kasih sayang dan mudah memberikan kebaikan tak kira lah sesama insan mahupun terhadap alam dan sekitarnya. Anak-anak yang sayang sesama mahkluk Allah swt ni, lain perwatakannya dan ada Rahmah dalam jiwa mereka , In Shaa Allah. 




Kucing-kucing jalanan ni sekadar menumpang di bumi Allah swt yang luas terbentang. Mereka juga ada hak disisiNya malahan lebih mulia dari manusia yang penuh dosa. Tugas kita sebagai hambaNya yang di kurniakan akal dan fikiran, kudrat dan tenaga adalah untuk sama-sama memberi mereka ruang untuk meneruskan kehidupan. Jiwa penyayang ni kalau ada di hati, bukan setakad kucing jalanan malahan haiwan apa sekali pun kita mudah merasa simpati. Waallahu a'lam. 




Apatah lagi sang kucing, haiwan kesayangan Junjungan kita Rasulullah saw. Banyak kisah yang di sampaikan betapa baginda kasih akan kucing dan andai kita mengaku beriman kepada Tuhan dan RasulNya, pasti kita kan rasa insaf dan kasih sesama makhluk khanya si kucing jalanan. Hulurkan lah sedikit perhatian kepada mereka dan berilah mereka ruang untuk sama-sama berteduh di bumi Allah swt. 

12 Comments

  1. Dia bukan mintak duit, hp atau tv lcd.
    Mintak ikan seekor pun marah.
    Simpatilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP nak isi peut yang lapar sahaja.. :(

      Delete
  2. Nieyl dah xde kucing peliharaan dah...
    tapi shingga hari ini, setiap hari akan ade kucing dtg depan pintu rumah..
    jadi, nieyl mmg ada sediakan makanan kucing dkt rumah incase ada kucing dtg rumah, boleh kasi dia makan..Alhamdulillah..skrg ni ada 4 ekor kucing yg setia di keliling rumah nieyl tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nieyl semoga dikurniakan pahala berpanjangan buat Nieyl sekeluarga, aamiin

      Delete
  3. Seronok je bila makan ada si comel ni datang..tak kacau pun cuma duduk termenung dan menunggu..sesekali bunyi meraih perhatian..setakat ni kalau PC dan en suami makan di luar..kami bersyukur kucing yang sudi datang ke meja sangat baik..kalau ada yang agak agresif pun kami faham..mereka lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC, ia datang bagaikan satu ujian buat kita bagi yang memahaminya..

      Delete
  4. anak saya suka bagi makan kat kucing kalau dia terjumpa kucing kat mana-mana. katanya, "kesian cat tu tak makan lagi". hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, DP mendidik nilai2 murni dan jiwa ehsan pada anak-anak, In Shaa Allah mereka akan membesar dengan penuh rasa belas dan kasih sayang, Aamiin

      Delete
  5. comel kucing ni. saya dah tak bela dalam rumah lagi. tapi kalau dia datang berimakan saja sambil belai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puteri kan suka beri kucing makan kan Arz, Alhamdulillah

      Delete
  6. ha a...kolin ada sekor anak bulus suka rapat..si ali imran! ke mana -mana ada ajeee kucing mengekor dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. manja la tu dengan Ali Imran, Alhamdulillah penyayang Ali kan :)

      Delete