Surau cantik di Sunway Putra Mall
Sunway Putra Mall antara shopping mall yang sering ana kunjungi kerana lokasinya yang berhampiran dengan pejabat suami. Kadang-kadang sambil tunggu suami habis kerja tu,kat sini lah ana selalu melepak. Memang best pun sebab sini ada Kaison, SSF Homedeco dan Mr DIY. Port lepak makan pun banyak dan selesa. Tapi selalunya ana solat kat surau level 3 tu sahaja. Walaupun tahu ada satu lagi surau di aras 5 tapi tak pernah pun nak naik sana untuk solat.
Baru-baru ni ana ke Ikea dengan Adik Ika dan sementara nak tunggu suami habis kerja nak balik sekali, kami ke TGV Sunway Putra. Cadangnya nak tengok movie The Secret Life of Pets cerita kartun , tup tup show nya hanya pukul 3 petang, dah terlepas hehe :) . Waktu pun dah masuk Asar, kami terus ikut sign Surau di aras 5 .
Wahh!! Impress sungguh bila melalui lorong masuk menuju ke surau ni. Cantik sangat dengan dekorasi dinding dan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris tentang solat. Pertama kali ana masuk solat di aras 5 ni dan bahagian dalam surau wanita pun cukup selesa, bersih dan cantik. Alhamdulillah. Berbeza sangat dengan surau di aras 3 tu yang hanya asas sahaja.
surau aras 5 Sunway Putra Mall |
Lokasi Surau di Sunway Putra Mall ni terletak di aras 5 korang kena naik escalator dan ia berhadapan dengan SSF Homedeco, laluan menuju ke TGV. Memang cantik dan selesa serta bersih. Telekung yang di wakafkan pun semuanya bersih, Alhamdulillah.
Kalau kebetulan korang berada dan shopping di Sunway Putra Mall, ni selain dari surau di aras 3 tu, bolehlah naik ke aras 5 dan solat di sini. Tempat wuduk pun cantik. Ini permandangan dalam surau perempuan dan ana yakin surau lelaki pun sama lah tu kan.
surau aras 5 Sunway Putra Mall |
6 Comments
Menarik dekonya
ReplyDeleteitulah cantik, bersih dan selesa sangat, Alhamdulillah
DeleteCantiknyaaaa...
ReplyDeletetenang dan bersih...
ya Nieyl, Alhamdulillah
DeleteYe betul, saya pernah singgah solat disana... Nyaman, bersih.. Suka sangat😊
ReplyDeletecantik dan selesa kan segar mata memandang cuma ia di tingkat atas tak ramai yang tahu :)
Delete