Hari Khamis yang lalu 27hb Jun 2019, ana berkesempatan menghadiri majlis penutup kempen #SerikanDiriDiAidilFitri dengan Garnier di kompleks Mydin Mall, USJ. Memang meriah dengan kehadiran rakan-rakan media dan blogger dan paling best pastilah dengan kemunculan 3 selebriti tanahair yang sedang popular , siapa ?? Cuba teka ?? Ermm... siapa lagi kalau bukan Shafiq Kyle, Amira Rosli dan Azira Shafinaz. Nak tahu tak apakah objektif kempen Serikan Diri di Aidil Fitri bersama Garnier ni ? Meh.. ana jelaskan dan kongsikan dengan pembaca serta sedikit perihal kempen yang sangat baik untuk membantu dalam memberikan sumbangan sambil mempromosikan produk penjagaan diri dan kecantikan yang tersohor pastilah Garnier dengan kolaborasi pasaraya MYDIN. 


Serikan Diri Di Aidil Fitri Bersama Garnier 



Makna sebenar Eid Fitri, atau lebih di kenali di Malaysia sebagai Hari Raya Aidil Fitri bukan setakad meraikannya bersama orang yang tersayang, tetapi juga merupakan musim untuk bersedekah, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan. Tahun ini Garnier Malaysia membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri di Aidil Fitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.



Kempen ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). TechForGood adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasa komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechForGood telah membantu seramai kira-kira 500 ahli. 



Pada majlis penutupan kempen yang di adakan di MYDIN USJ yang lalu, Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dalam 2 cara :

1. Bagi setiap produk Garnier yang di jual di MYDIN pada bulan Ramadan yang lalu, RM0.20 disumbangkan kepada program, dan 

2.  Bagi setiap perbelanjaan RM30 dan ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24-30 Jun 2019, pembeli menerima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh di guna semula yang di jahit oleh para wanita di bawah program ini.




" Sepanjang kempen Serikan Diri Di Aidil Fitri yang berlangsung di bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah di berikan secara percuma kepada para pembeli. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood, yang akan menyumbang kepada kemajuan program ini dan membantu memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya, " menurut Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia. 






Sempena dengan kempen Serikan Diri di Aidil Fitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka  yang mana ketiga-tiga mereka telah muncul dalam program drama mini siri TV3 bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari Raya pada tahun ini menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. Mereka menyokong Garnier dan juga menyatakan produk kegemaran mereka. Garnier adalah penaja mini siri, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahan persahabatan dan memperkasakan wanita. Korang boleh tonton di Youtube TV3.




Untuk maklumat lanjut tentang kempen Serikan Diri Di Aidil Fitri, Garnier serta rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri, sila layari :




Mengenai Garnier




Sejak tahun 1904, Garnier telah merevolusikan penjagaan kecantikan dunia dengan memperkembankan produk yang di hasilkan dengan bahan aktif 
semulajadi dengan formula mudah yang berkesan. Dengan adanya lebih 100 kepakaran, Ganier telah menjadi pakar dalam penjagaan rambut, warna rambut dan penjagaan kulit. 



Garnier berfungsi sebagai kaminan kualiti produk dan formulasi produk serta jaminan menghormati nilai-nilai teras jenama ini dalam setiap langkah penghasilan dan pembuatan produk-produknya. 

Hari ini, Garnier mengamalkan tandatangan jenama baru , " By GARNIER, Naturakky " yang menyatakan kenyataan yang kuat mengenai nilai-nilai Garnier :



~ Garnier menggunakan bahan aktif berasaskan alam semulajadi yang diekstrak dengan teliti semana yang mungkin dengan hasil berkesan dalam produk kami.
~ Jenama keluarga boleh di ekses oleh semua orang.
~ Jenama komited untuk mendapatkan sumber yang mampan, mengurangkan jejak alam sekitar dan menyokong generasi akan datang melalui perkongsian dengan UNICEF dan ECL. 

10 Comments