Beautea by Safi ? Produk terbaharu lagi dari jenama yang menjadi kegunaan dan kepercayaan kebanyakan wanita di Malaysia ini. Macam-macam innovasi dan formulasi rangkaian produk Safi untuk memberikan pilihan buat wanita mengikut keperluan dan peringkat usia. Beautea ni gabungan perkataan Beau -Beautiful dan Tea tu teh lah kan dalam bahasa Inggeris. Dan sah-sah lah ia menggunakan bahan asas dari kebaikan daun teh. 




Banyak kebaikan daun teh dalam remidi kecantikan dari zaman silam lagi, kali ini Safi menggabungkan kebaikan daun teh dengan 4 adunan formulasi lain untuk memberikan rawatan kecantikan wajah wanita. Setiap satunya adalah manfaat yang berbeza. 



4 Variasi Beautea By Safi


Beautea By Safi tampil dengan 4 variasi produk iaitu 3 pilihan pembersih wajah dan 1 scrub wajah : 

1. White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

Safi%2BBeauTea%2BPink

2. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser

safi%2Bbeautea%2Bblack%2Btea

3. Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser

beautea%2Bby%2Bsafi%2Bgreen

4. Apricot Tea Revitalising Face Scrub 

1


Review Beautea By Safi 


Setakad ini Kak Long dah mencuba sendiri dua daripada variasi Beautea By Safi ini iaitu Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser dan juga Apricot Tea Revitalising Face Scrub . Biasa lah bab bersolek ni memang serah kat dia la sekarang ni berbanding dengan Adik Ika. Lebih-lebih lagi sekarang ni Kak Long sedang menjalani LI atau intern di KL, awal pagi dah keluar ke pejabat mengikut ayahnya dan balik tempoh trafik jemm bagai sampai rumah hampir pukul 7 malam. Stress katanya. Haa!! Itulah rutin ayahnya dan ramai lagi yang berulang alik kerja, baharu lah dia sendiri lalui sekarang kepayahannya dalam mencari rezeki ni kan.





Hari Sabtu lepas baru dia berkesempatan mencuba sendiri Apricot Tea Revitalising Face Scrub sebagai scrub wajah. Butiran scrub dalam formulasi Apricot dan ekstrak daun teh ni betul betul membersihkan wajah sehingga mendalam. Seronok gosok wajah dengan scrub dan kemudian bila di bilas terasa kesegaran dan kebersihan pada wajah. Itu komen Kak Long. Dan ana pun teringin lah nak cuba sendiri. Picit gak lah sedikit dan sapukan pada wajah yang kering tu. Ermm.. sedap aroma daun teh dan apricot ni. Bila bilas.. seronok sangat rasa kelembutan wajah dengan rasa penuh kesegaran. Betullah kata Kak Long tu. Kena cuba sendiri baharu lah rasa keberkesanannya kan. 




Untuk pencuci wajahnya pula Kak Long sedang menggunakan Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser sebagai rutin harian setiap pagi dan malam. Pun sama katanya kandungan ekstrak Black Tea dan Black Orchid ni dapat membersihkan wajah dan memberi kesegaran pada kulit wajahnya. Bila dah seharian di pejabat yang berhawa dingin, kulit pun cepat kering. Balik rumah detox kannya dengan pembersih Beautea by Safi Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser ni, tidur pun lena di ulit mimpi campur kepenatan di siang hari la kan hehe :) 




Kat mana boleh dapatkan Beautea by Safi ni ? Mudah sangat lah kan, boleh sahaja di beli dari mana-mana farmasi dan pasaraya seluruh negara atau pun secara online di SINI pada harga pasaran RM23.30 sahaja. 


Safi%2BBeauTea


Beautea by  Safi diformulasikan dari  ekstrak teh premium dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.

Produk ini juga telah menjalani ujian dermatologi. Ia selamat digunakan kerana:-
Bebas alkohol
Bebas Paraben
Bebas SLS / SLES
Bebas Silicone

8 Comments

  1. Kinah pun suka guna aprikot scrub tu kak ana, wangi. Muka pun rasa lebih segar dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Kinah Aprikot tu best pakai kan , kak ana dah try dah :)

      Delete
  2. Belum try lagi ni...produk safi yg baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba nanti nieyl beli kat farmasi jer hehe :)

      Delete
  3. Safi memang nama dipercayai.

    ReplyDelete
  4. waaaa menariknya safi baru ni. tak try lagi yg ni. boleh usya salah satu ni...

    ReplyDelete