Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan
Jenuh laa nak memikirkan menu apa ana nak masak untuk potluck piknik dengan dua keluarga sepupu kami baru-baru ni. Kami plan nak ke Sungai Chiling, Kuala Kubu, Selangor. Tak jauh pun dari kediaman kami, lagipun sepupu ana sorang tu, Edi tinggal di Kuala Kubu Bahru. Ana cadang nak masak mihun goreng sahaja untuk menu utama dan menu sampingan tu macam-macam kuih ana google. Last-last terhasillah kuih puteri ayu ni.
Sebelum ni pun pernah buat tapi kali ini nak mudah sebab buat pun dah malam, ana dapat satu resepi simple sukatan cawan sahaja. Bahan pun tak sebanyak kuantitinya dengan resepi yang sebelum ini ana pernah masak. Kalau dulu tu guna 5 biji telur, resepi ni hanya 3 biji telur sahaja. Alhamdulillah menjadi dengan baik dan cantik. Ana terbitkan semula di sini semoga ramai lagi yang boleh mengguna pakai resepi kuih puteri ayu sukatan cawan yang mudah tapi sedap, In Shaa Allah.
Resepi Kuih Puteri Ayu Sukatan Cawan
Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan santan pekat ( boleh guna santan kotak juga )
1 penutup esen pandan ( ana guna air kisaran pandan )
1 penutup pewarna hijau
Kelapa parut putih dan garam secubit ( untuk bahagian atas kuih puteri ayu )
Cara menyediakan apam kukus puteri ayu :
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Pukul ( mixer ) telur, gula, ovelate dan esen pandan hingga kembang.
3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
5. Isikan kelapa parut yang di gaul garam dan tekan kemas.
6. Tuangkan adunan tepung tadi paras acuan penuh.
7. Kukus 10-15 minit pada api besar.
8. Angkat dan sejukkan sebelum terbalikkan kuih.
Adunan ini ana dapat 24 biji kuih apam kukus puteri ayu. Kalau nak cepat kena ada banyak acuan kuih sebab proses nak isi kelapa dan tunggu sejuk sebelum keluarkannya tu pun ambil masa juga kan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
4 Comments
Ruby suka kuih ni. Tapi belum pernah buat. Tengok cara akak..mudah pakai cawan.
ReplyDeleteTq ya
adunan tu mudah Ruby, cuma kena ada banyak acuan supaya cepat proses mengukus dan mengeluarkannya dari acuan.
DeleteCantik kejadiannya
ReplyDeleteAlhamdulillah WAK :) sedap hehe
Delete