Tiga biji buah naga besar-besar ni pemberian dari jiran ana, Mrs Leong. Memang besar saiznya dan buah naga ni antara buah kesukaan kami sekeluarga. Dulu di kampung ana, Teluk Intan memang ada pokok buah naga ni arwah pak sedara tanam. Meriah buahnya kalau musim, makan sampai jemu jelak kata orang Perak. Tapi yelah.. lepas pak sedara dah tak ada pokok pun terbiar dari berapa pokok kemudian tinggal satu yang masih elok, dan last-last tumbang juga, langsung tak ada benih dah. 


buah naga


Bila dapat buah naga pemberian Mrs Leong ni seronok sangat rasanya. Kami berjiran di kawasan kediaman ana ni, setakad ni Alhamdulillah sangat, saling menghormati walaupun non muslim ni tak ramai di lorong kami ni. Selalu sahaja bertukar buah tangan bila masing-masing balik kampung. Mrs Leong ni ada kebun buah-buahannya sendiri di Johor, selalu lah merasa buah belimbing, buah nanas madu dan sebagainya. Depa pun tahu setakad nak bagi buah-buahan segar sahaja kepada kami. Kalau ana balik kampung pun selalu belikan buah-buahan juga macam rambutan , kacang rebus Teluk Intan dan sebagainya. Seronok kan kemanisan hidup berjiran dengan harmoni ni. 



buah naga segar


Balik cerita bab buah naga ni, dapatlah kami hasilkan tiga menu dari tiga biji buah naga ni haa. Pertama nya mestilah di makan segar. Potong-potong dan simpan dalam peti sejuk. Masyaa Allah... sedap dan nyaman sungguh dimakan begitu sahaja kan. 


agar-agar buah naga
agar-agar buah naga


Menu kedua ana jadikan agar-agar buah naga. Pun sedap dan nikmat yang di syukuri. Meh laa ana nak kongsikan disini resepi mudah agar-agar buah naga ni. Mana tahu ada juga yang mencari, boleh lah cuba resepi agar-agar buah naga versi anajingga pula. 

Resepi agar-agar buah naga : 



agar-agar buah naga
agar-agar buah naga


Bahan-bahan agar-agar buah naga : 


1 peket agar-agar tali
9 cawan air 
1 1/2 cawan gula ( ini boleh adjust ikut kemanisan masing-masing )
1 tin susu cair
1 biji buah naga ( blend  ) 

Cara masak agar-agar buah naga : 

1. Masakkan agar-agar hingga hancur
2. Masukkan gula dan puri buah naga yang di blend tadi
3. Masukkan susu cair dan kacau hingga sekali mendidih
4. Matikan api dan boleh lah tuangkan ke dalam acuan. 
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk

Ana suka makan agar-agar buah naga ni dengan buah naga segar serta letakkan sedikit puri lebihan yang kita blend tadi. Tapi kalau nak makan terus macam tu pun sedap sangat dah. Ada rasa lemak manis dan masam buah naga. 

Koktail buah naga : 


koktail buah naga
koktail buah naga 


Tapi sebab agar-agar buah naga ana buat ni dapat dalam dua acuan, anak-anak pun dah jemu agaknya makan agar-agar, ana belikan satu tin lagi susu cair. Satukan buah naga segar yang di potong dadu dan juga agar-agar buah naga tadi juga di potong dadu, tambahkan sahaja susu cair dan letak lah ais batu. Maka terhasillah koktail buah naga yang nyaman dan sedap. 

Inilah tiga menu yang sedap ya amat dari tiga biji buah naga pemberian jiran ana. Alhamdulillah licin dan selesai di makan. Syukur di atas setiap rezeki yang dikurnia kan dalam pelbagai cara. 


6 Comments

  1. Sedapnya.tempoh hari balik kampung..pergi juga kedai yang selalu PC pergi tapi tak ada katanya..sebab sebelum tu balik kampung ada berbakul-bakul...PC kalau buah-buahan ni susah nak tolak kak Ana..sama ada makan macam tu je atau buat jus dan sebagainya..memang suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah PC, kak ana ni suka sangat makan buah-buahan selera sangat kan alhamdulillah :)

      Delete
  2. Suka makan fresh mcm tu , tp sesekali kitorang buat jus , sedaapppp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan fresh pun sedap buat jus pun sejuk je kan MP :)

      Delete